Enam Langkah Untuk Meningkatkan Kesuburan Wanita Secara Berkesan

Kesuburan biasanya berkait rapat dengan seorang wanita. Padahal, masalah kesuburan boleh dialami juga oleh lelaki. Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan beberapa cara mudah, yakni mengamalkan cara hidup yang sihat. Ramai orang di luar sana tidak mengamalkan cara hidup yang sihat khususnya di Malaysia. Sebut saja Malaysia, sememangnya banyak jenis makanan dengan aneka rasa. Oleh sebab itu, demi menjaga kesuburan saudarra saudari, tips ini sangat penting supaya kehamilan boleh berlaku kepada pasangan yang sangat inginkan cahaya mata.

Cara-caranya seperti berikut

1. Menjaga Berat Badan
Seorang wanita yang cenderung memiliki berat badan berlebihan atau obesiti akan mengalami risiko masalah haid yang berkait rapat dengan persenyawaan atau ovulasi. Bukan hanya terlalu gemuk yang dapat menimbulkan proses persenyawaan, malah terlalu kurus juga dapat mempengaruhinya. Untuk mencapai proses persenyawaan terjadi secara sempurna, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 sampai 21 %.

2. Menjaga Kesehatan dan Jangan Terlalu Stress
Penyakit Tiroid boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon sehingga mempengaruhi kesuburan. Oleh itu, jagalah kesihatan anda kerana kesihatan sangat diperlukan jika ingin menimang cahaya mata. Selain itu, jangan mudah stress dan hindarilah stress, berusahalah untuk bertenang, kerana stress dapat membuatkan hormon tidak seimbang sehingga menyulitkan proses persenyawaan.

3. Perbaiki Pola Makan
Selalunya wanita yang bekerja di luar rumah sering kali makan dengan menu segera, banyak lemak, makanan tidak seimbang dan sebagainya. Makanan yang baik merupakan makanan yang mengandungi protein, karbohidrat dan lemak untuk keseimbangan tubuh badan. Pola makan yang tidak sihat akan menjejaskan hormon dalam badan.

4. Mengamalkan Makanan Hijau
Hormon didalam tubuh berasal dari makanan yang kita makan. Antioksida yang terkandung didalam makanan juga dapat membantu melindungi sel telur dan sperma dari radikal bebas. Jika adanya serangan radikal bebas yang berasal dari makanan-makanan yang telah proses dengan bahan kimia, akan memberi kesan yang buruk pada pada sel telur. Sehingga proses persenyawaan tidak dapat berlangsung dengan baik.

Makanlah makanan yang kaya akan serat, sayuran hijau dan buah-buahan organik kerana selain zatnya lebih baik, makanan organik juga bebas dari racun yang memberi impak negatif pada kesihatan. Jenis makanan hijau seperti sayur-sayuran juga terbukti mampu menormalkan kadar gula darrah yang menurunkan masalah kesuburan dan meningkatkan keseimbangan hormon. Buah dan sayuran hijau juga kaya akan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan kesuburan.

5. Mengamalkan Suplemen Yang Disarankan
Pilihlah suplemen yang baik untuk membantu meningkatkan kesuburan. Seperti madu penyubur kandungan yang diyakini memiliki berbagai zat yang bermanfaat untuk kesuburan. Kunyit dan asam juga dapat memperbaiki kerja organ bagi reproduksi wanita.

6. Menjaga Waktu Rehat Berkualiti
Menjaga kualiti waktu rehat sangat memberi impak yang besar terhadap kesihatan dan kadar stress. Stress seperti yang disebutkan dapat mempengaruhi kadar kesuburan. Pastikan anda memiliki waktu rehat yang cukup dalam setiap hari. Jangan biasakan tidur sehingga larut malam. Dengan cara ini, anda dapat meningkatkan tahap kesuburan secara optimum. Anda boleh melakukan cara ini sebelum berkahwin supaya pada malam pertama anda di dalam keadaan subur dan mampu membenihkan cahaya mata tanpa masalah .

sumber : catatanmoeslimah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *