Isteri Mengandung Mengidam Teringin Lihat Suami Pakai Baju Kelawar. Lihat Apa Yang Suaminya Lakukan.

Dalam tempoh isteri mengandung, macam-macam permintaannya. Biasanya mengidam makanan itu ini dan sebagai suami, tak sampai hati pula nak biarkan isteri tak dapat benda yang diidamkan.

Namun, berlainan pula dengan kes seorang lelaki ini di mana isterinya meminta dia memakai baju kelawar. Kedengaran seperti lucu, tapi..

Kisah ini kami kongsikan menerusi Kisah Rumah Tangga yang dipetik melalui Pixelperfext.

“Saya tak tahu nak luahkan pada siapa, lagipun malulah nak cerita pada orang.

Begini, isteri saya sekarang mengandung empat bulan. Isteri saya suka meminta yang pelik-pelik. Kalau bab makanan, saya tak kisah dan memang saya selalu menunaikan apa yang dia idamkan.

Yang saya tidak boleh tunaikan ialah, dia meminta saya memakai baju kelawarnya. Saya terkedu bila dia suruh saya pakai pakaian itu. Katanya, kalau dia melihat saya memakai baju kelawar itu, hati dia akan menjadi tenang dan ceria 100%. Baby dalam perut pun suka.

“Abang, pakailah baju kelawar ayang tu. Kalau abang pakai, hati ayang jadi senang dan ceria. Baby pun suka tau,” kata isteri.

Sekali dua, saya boleh ikutkan permintaan dia sebab tak mahu dia merajuk. Tambahan, kalau dia merajuk, memang payah sangat nak pujuk. Ini tidak, hampir setiap hari dia suruh saya pakai baju kelawar itu.

Buatnya keluarga kami datang secara tiba-tiba ke, atau kawan-kawan/jiran datang ke rumah, tak ke naya diorang tengok saya berpakaian seperti itu? Memang pembawakan budak begitu ke? Biasanya permintaan pelik ibu mengandung ini sampai bila? Takkan nak kena tunggu lagi 5 bulan kot?.

10 Koleksi Ngidam / Perangai Pelik Ketika isteri mengandung.

1. Hehe.Teringat pula masa mengandung dulu.suka hidu asap motor. Bila suami start moto je mula la aku mengendeng kat tepi motor tu konon2 mcm aku plak nk p keja. Pastu tarik nafas dalam2 amik bau asap dari minyak petrol.Fuhh,terbaik!

2. Bini sy mengandung anak ke-2 ni asyik nak mkn luar je mls nak masak. Tp masa anak 1st bukan main rajin nak masak. Kalu harl2 mcm ni botak” kepala

3, Kawan di office sy ada satu tabiat pelik sewaktu dia mengandungkan kembar 3. Dia mkn moist choclate kek dengan sos cili thai and black paper.. almost 6 bulan die dgn tabiat peliknya. My tabiat pulak mengidam nak mkn daging mentah sampai lps bersalin pun Xdapat sbb dilarang oleh suami dan doctor.haha

4. Pengalaman isteri saya mengidam nasi ayam, kol 2 pagi saya mencari nasi ayam smpai 2jam sayang punya pasal last2 jumpa jugak itupun tnggal kerak2 je hahahaha

5. Satu hari isteri saya mengidam char kuey teow. That time dah 3pg kot last2 dapat jugak.bila bawa blk saya hidangkan.Yang paling best tu dia xmakan pun, dia amik “BAU” saje then dengan xrasa serba salahnya trus tidur mcm cerita 3abdul pula.Nasib baik sayang.Hehe

6. Bini saya punya mengidam kulit cempedak.bayangkan dalam semua masakan dia pegi letak kulit cempedak.Pernah tak rasa Asam pedas tempoyak Letak kulit cempedak?.Haaa,nak try mai la dtg rumah.Best Wooooo

7. Pengalaman pertama saya mengidam hidu kiwi kasut hitam. Alahai bila suami gosok kasut lps tu dia msti simpan dan sorokkan. Terliur sedut baunya, time tu kalu lah dapat jadikan jem letak kat roti.Tp itulah kenangan terindah walaupun skrang sy dah berpisah dgn suami.

8. Sy mengandung suka sangat gigit suami xtau napa. Sampai suami pun merelakan badannya digigit sampai lebam2.Alahai kesiannya suami.

9. Lecturer sy dulu kata dia ngidam selipar jepun sbb nampak hijau semacam hampir masuk mulut. Selamat suami dia sempat tegur suruh bawa mngucap then trus dia merajuk. Nasib baik selipar jepun tu xmelekat kat muka suami dia huhu. Pelik2

10. Isteri kawan saya masa mengandung dulu tiap2 mlm nak gentel bulu ketiak suami dia sebelah kiri mengakibatkan bulu ketiak kawan saya tu panjang sebelah.Hihihi

Macam2 kwn.korang ade yang mengidam pelik2 jugak ke.kongsi di komen ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *