Derita Empat Bulan Ditahan Di Singapura Berakhir, Warga Malaysia Dibebaskan

Kecoh diperkatakan di media sosial apabila seorang wanita warga Malaysia ditahan selama 5 bulan di Singapura kerana disyaki menjual barangan tiruan. Tambah mengharukan, Nur Sabrina Ahmad tidak dibenarkan balik beraya, Aidilfitri lalu untuk bersama keluarganya.

Kelmarin, berlangsung perbicaraan kes Sabrina di State Court Singapore sekaligus memutuskan nasib diterima wanita itu.

Perlu bayar saman sahaja

Pengasas Goodwill Aid Singapore, Siti Nurani Salim berkongsi perkembangan terkini Sabrina yang kini dibebaskan setelah membayar sama dikenakan pihak berkuasa negara itu.

Syukur Allhamdullilah. Berakhir sudah perbicaraan kes Sabrina. Syukur hanya perlu membayar saman dan tidak perlu dipenjara. Buat masa sekarang, Sabrina masih menunggu proses mendapatkan dokumen untuk pulang ke Malaysia.

Sabrina disabit dua kesalahan menjual barangan tiruan kasut berjenama antarabangsa di bawah trademark act.

Siti Nurani turut menasihatkan supaya semua pihak mengambil pengajaran dari insiden yang berlaku.

Marilah sama-sama kita ambil iktibar dari kes ini. Amat tidak berbaloi berurus niaga apa-apa jua barang-barang tiruan. Carilah berkah dalam setiap apa yg kita usahakan.

Terima kasih utk semua rakyat Singapura mahupun Malaysia dan lain-lain kerana ramai turut menyumbang buat #Savesab dan juga dari derma-derma persendirian. Baik dari segi makan, minum, perubatan, kewangan dan sokongan moral.

Semoga Sabrina selamat kembali ke tanah air dan bersalin dengan selamat kelak.

Balik Malaysia dalam masa terdekat

Namun, Sabrina masih menunggu urusan dokumentasi sebelum dapat pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Sabrina juga sudah membayar saman menggunakan wang yang disumbangkan kepadanya. Sekarang sedang menunggu persiapan segala dokumen penting dan pasport untuk kembali ke Malaysia. Tarikh Sabrina nak kembali ke sana belum diketahui lagi. Mungkin ambil masa 5 hingga 7 hari bekerja.
Sabrina juga meluahkan rasa syukur dan terharunya menerusi status Facebook yang dimuatnaik petang semalam. Antara lain dia menyebut penghargaan tidak terhingga kepada mereka yang mendoakan keselamatannya selama ini.

Syukur Alhamdulillah, Sab dah selesai naik mahkamah. Alhamdulillah Sab tak dipenjarakan, hukuman Sab diringankan. Cuma Sab masih tunggu proses dapat document untuk pulang ke Malaysia. Mohon permudahkan dan Sab selamat balik ye. Sab akan maklumkan bila Sab dapat balik Malaysia.

Terima kasih tidak terhingga kepada yang memberi sokongan dan doa anda kepada Sab. Hujan di bumi Singapura sekarang ni. Ya Allah syukur alhamdulillah.

Sumber: Siti Nurani Salim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *