‘Suami’ tiba2 muncul tepi katil basah kuyup , terkejut bila polis datang dan mengeluarkan sesuatu dari tangannya

Foto sekadar hiasan..

Assalamualaikum. Nama aku Jue. Pertama-tama sekali, aku minta maaf sangat-sangat kepada semua sebab cerita ini bukan dari aku sebenarnya. Ia adalah cerita dari rancangan radio terkenal iaitu Misteri Jam 12.

Aku cuba olahkan dalam bentuk penulisan sebab aku rasa cerita ini sangat sedih dan menyentuh hati. Maaf juga kepada Kak Normah (tuan punya cerita) jika ada cerita yang lari dari kandungan asal sebab aku pun ingat-ingat lupa akan cerita ini.

Kisah Kak Normah

Nama saya, Kak Normah. Kak nak ceritakan satu peristiwa yang paling sedih dan menyentuh hati dalam hidup kakak. Begini ceritanya.

Kakak sudah berkahwin. Suami kakak namanya Abdul Salim. Walaupun kami telah berumahtangga hampir 5 tahun lebih, tapi kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin Allah belum memperkenankan doa kami memandangkan hidup kami pada waktu itu amat susah sedikit.

Pada suatu malam, sedang kakak berseorangan di rumah, kakak terima panggilan telefon dari suami yang menyatakan bahawa dia akan pulang lewat sebab perlu OT. Faham-faham sajalah, nak cari duit lebih untuk menampung keperluan kehidupan kami sekeluarga.

Walaupun suami akan pulang lewat, kakak akan menunggu suami sampai beliau pulang. Pada malam itu, hujan turun dengan lebat sekali. Lebat-selebat-lebatnya. Kakak mula masuk dalam bilik dan berbaring di atas katil sementara menunggu suami.

Tanpa kakak sedar, kakak tertidur. Kakak terjaga apabila tiba-tiba ada titisan air yang mengenai muka kakak. Dalam kelat-kelat mata tu kakak gosok-gosok mata, nak tengok lah air apa yang menitis ke muka nie. Bila kakak buka mata, kakak nampak suami kakak berdiri ditepi katil memerhatikan kakak.

Air yang menitis ke muka kakak tu rupanya dari suami yang basah kuyup terkena hujan, dan suami kakak mencium dahi kakak ketika itu. Kesian suami kakak, basah kuyup. Kami hanya ada motorsikal sahaja. Almaklumlah, hidup tak berapa senang ketika itu.

“Eh abang.. Abang dah balik? Abang pergilah mandi, salin baju dulu. Nanti Normah buatkan kopi ye?” kata kakak.

Suami kakak berlalu pergi. Kakak pula pergi ke dapur untuk membancuh secawan kopi untuk suami. Kakak letak di atas meja makan, dan duduk di sana menantikan suami bersiap. Sedang kakak menunggu, terdengar bunyi pintu rumah diketuk berkali-kali. Kakak pergi ke pintu dan membukanya, terlihat 3 orang anggota polis berdiri di hadapan pintu rumah.

“Ini rumah Encik Abdul Salim?” Tanya salah seorang anggota polis itu.

Kakak mengangguk tapi dalam hati terus terfikir mesti suami kakak ada buat salah nie sebab tu polis datang sini. Kakak beritahu polis yang suami sedang mandi dan kakak terus pergi ke dalam bilik air, bilik, dapur, pintu belakang. Tapi bayang suami kakak langsung tiada. Kakak terus pergi ke pintu sambil dalam hati berkata, mesti suami ada buat salah besar. Sebab tu dia lari.

“Suami saya takde dalam rumah. Tadi dia ada tengah mandi tuan,” beritahu kakak pada polis tersebut.

“Emm takpe. Tapi saya nak tanya, puan nie isterinya ke?” tanya polis tersebut.

Kakak mengangguk. Polis tersebut mengeluarkan sesuatu dari tangannya.

“Ini dompet suami puan ke?” tanya polis tersebut. Kakak pegang dompet tersebut dan lihat, memang benar itu dompet suami.

“Puan.. boleh ikut kami sebentar?” Kakak terpinga-pinga tapi terus bersiap dan keluar dari rumah, menaiki kereta polis tersebut.

Kakak dibawa ke hospital. Pada salah satu katil, terdapat sekujur tubuh yang terbaring kaku.

“Puan.. kami panggil puan ke sini untuk buat pengecaman” kata anggota polis itu.

Kakak selak selimut yang menutupi tubuh itu, dan ternyata itu adalah suami kakak, yang telah mennggal dalam kemlangan jalan raya antara motorsikal dan lori.

Kakak menangis semahu-mahunya dan susah untuk kakak terima hakikat itu sebab sebelum itu, ‘suami’ kakak telah pulang dan mencium kakak. Mungkin ‘suami’ kakak hendak berjumpa kakak buat kali terakhir.

Antara komen netizen :

Tiy Laila Adib –Byk juga cerita yang roh pulang ke rumah untuk lihat keluarga buat kali terakhir. Apa pun, hargai la orang tersayang selagi mereka masih hidup.

Ahmad Shariff Yaakob –Kalau seingat aku, cerita ni DJ KC bacakan ada menyebut kisah ini dari Batu Pahat, Johor.

Norhayati Saharun –Pernah jadi kat diri sendiri..mlm hari tok wan meninggal dulu… rumah tok wan kami sebelah rumah ja.. tokwan hari2 akan datg ketuk pintu kalau nak guna telefon rumah xpon mkn dgn kami…mlm dia dah xder tu.. kami tgh tiduq di ruang tgh rumah ramai2.. yelah takut masa tu kecil lagi..

Mlm tu tokwan mai ketuk pintu.. mmg tokwan kami..tapi mak ckp jgn buka..cukup 3 kali terus senyap.. n aq ingat lagi cara ketukan wan kat pintu tu ..slow jer sbb dia dah tua…😭 sedih…

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber : Fiksyen Shasha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *