Ruhainies Belum Sedia Dedah Wajah Kekasih, Takut Kena Tempias Populariti

Pelakon Ruhainies begitu terbuka mengenai kisah percintaannya dengan teman lelaki dikenali sebagai Mr E yang merupakan ahli perniagaan, menetap di London serta mempunyai tiga cawangan butik di tanah air. Ruhainies sering berkata buah hatinya itu seorang yang penyayang dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, ramai yang tertanya kenapa Ruhainies sehingga hari ini masih lagi tidak mendedahkan wajah kekasihnya itu?

Menurut Ruhainies beliau belum bersedia untuk memperkenalkan teman lelakinya kepada umum kerana risau jejaka itu akan terkena tempias popularitinya.

Nak kata sorok boyfriend tu tidaklah, sebab saya selalu keluar bersama dia. Cuma, saya belum bersedia untuk kenalkan dia kepada peminat. Lagipun kehidupan seorang selebriti ini, kemana sahaja kita pergi, apa sahaja kita lakukan orang akan perhati. Saya tak mahu dia rasa perkara sama.

Sebelum ini saya tak pernah buat kenyataan ada boyfriend. Tetapi kali ini, saya anggap dia seorang yang sangat istimewa dan betul-betul serius dalam hubungan ini. Kami jujur sesam sendiri, berkongsi apa yang dilakukan setiap hari, kami juga ada merancang untuk ke fasa seterusnya.

Kita doakan yang terbaik dan semoga hubungan Ruhainies dan Mr E berkekalan sehingga ke jenjang pelamin. Sumber Berita : mStar Online

Ibu kata kahwin tahun depan – Ruhainies

SELEPAS lebih setahun bercinta, pelakon Ruhainies merancang bakal menamatkan zaman bujang tahun depan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E.

Hal itu didedahkan ibunya, Che Bunga Salleh, 58, yang mahu mendahulukan perkahwinan kakaknya juga pelakon, Risteena dan pasangannya.

“Saya semahunya mahu anak-anak berkahwin ikut giliran. Biarlah Risteena melangsungkan perkahwinannya yang akan berlangsung tahun ini kemudian barulah Ruhainies menyusul tahun depan.

“Jujur, saya sangat teruja melihat anak-anak bahagia dengan pasangan masing-masing. Tidak sabarnya menyambut menantu dan melihat keluarga jadi lebih besar,” katanya.

Che Bunga juga berkata dia mahu semua anaknya disatukan mengikut adat melayu daripada acara merisik sehinggalah majlis pernikahan.

“Mereka wajib mengikut adat bermula daripada merisik, bertunang, dan barulah bernikah. Saya memang cerewet sedikit mengenai hal ini dan mahukan mereka melalui semua fasa itu.

“Risteena ada juga menyuarakan kalau boleh mahu berkahwin terus. Bagaimanapun, saya bantah dan memintanya melangsungkan majlis mengikut adat,” katanya.

Che Bunga ditemui pada pelancaran produk menampilkan Ruhainies sebagai duta produk terbabit, hari ini.

Terdahulu, Ruhainies mengakui sudah dilamar Mr E ketika bercuti di Itali pada November tahun lalu. Menurutnya, lamaran itu dibuat sempena genap setahun perkenalan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *