“Cikgu. Saya tak ada makanan mahu makan” – mesej masuk 430 ptg, lepas berbuka baru perasan,terus kami gerak

Penulisan dibawah dipetik dari FB Cikgu Mohd Fadli Salleh

“Cikgu. Saya tak ada makanan mahu makan. Boleh tak cikgu tolong saya?”

Satu mesej masuk jam 4:30 petang tadi. Mesej itu aku sedari selepas berbuka puasa sebentar tadi dari Puan Jayalecthumi.

Kebetulan set barang dapur masih berbaki satu set. Niatnya untuk satu keluarga lain, tapi nampaknya ada keluarga yang lebih memerlukan.

Terus aku bersama Wan Ahmad Faiz dan Ucu Rizal bergerak ke sana.

Sebaik sampai di pagar, kehadiran aku disambut oleh Tiger, seekor anjing peliharaan mereka yang keliru samada ia seekor anjing atau harimau (Tiger).

Sejurus itu, Param (anjing lagi besar) sampai pula. Faiz dan Rizal terhenti langkah. Ragu-ragu nak datang dekat melihat aku dikelilingi Tiger dan Param.

Dua ekor anjing ni datang nak bermanja nak menggesel tubuhnya pada kaki aku.

“Haip Tiger! Behave. Don’t you dare. Don’t you!” sergah aku.

Terus menikus Tiger dan Param. Mereka dah kenal aku dah.

Mereka mula mengalih minat kepada pengunjung baru, Faiz dan Rizal. Pucat dah muka member aku berdua tu.

“Tiger. Param. Let’s go,” kataku lantas bergerak menuju rumah Puan Jaya.

Tiger dan Param patuh dan mengekori aku.

Faiz dan Rizal follow jauh-jauh takut dengan anjing. Haha.

Sebaik sampai, aku lihat anaknya tekun membuat kerja rumah. Aku terus merapati dan melihat kerja Matematik dia. Bagus budak ni, rajin belajar dan agak pandai juga kira-kira.

Mereka bersalaman dengan aku. Aku buka bungkusan yanh dibawa, terus aku ambil air kotak dan tolong cucukkan untuk keempat-empat anak mereka.

Air Milo diteguk dengan penuh kepuasan dan gembira. Seronok mereka, agaknya mereka belum makan apa-apa lagi.

Aku masuk ke dapur, melihat satu periuk dipanaskan dengan kayu api. Aku melihat, di dalamnya hanya ada kacang dhal.

Agaknya hanya itu makanan mereka untuk malam ini. Tong gas ada, tapi dah lama kehabisan gas. Nak beli gas pun mereka tak mampu.

Rumah buruk dinding zink yang banyak nyamuk ini dihuni oleh 7 nyawa.

Puan Jaya datang mendekat, menunjukkan sebuah buku. Buku kira-kira.

Di dalamnya ditulis apa yang perlu dia beli untuk memulakan perniagaan menjual bunga minggu hadapan.

“Cikgu. Ini semua barang yang perlu saya beli untuk mula berniaga. Tapi saya tak ada duit. Bolehkan cikgu tolong beli?”

Aku melihat senarai itu. Banyak disenaraikan barangan yang perlu ada untuk bermula. Satu perjalanan untuk mengubah kehidupan keluarga mereka telah mereka mula.

Langkah pertama itu telah ada. Di depan rumah, ada satu gerai kayu yang hampir siap dibina menggunakan kayu terpakai.

Muthu suami Puan Jaya yang buat sendiri. Gerai itu akan ditarik ke satu tempat yang bakal dijadikan tapak perniagaan.

Baguslah. Mereka mula melangkah. Mula bangkit dari tempat paling bawah.

Rumahnya sebelum ini hanya berlantaikan tanah dan tiada bekalan air. Sedikit demi sedikit aku bantu hingga mereka simenkan tanah dan berjaya tarik air dari sumber kuil di depan sana.

Air telah pun ada walau pun tidak laju dan ‘piping’nya huru hara. Maklumlah, semuanya Muthu buat sendiri. Muthu ni OKU. Kakinya ada cacat dilanggar bas suatu ketika dahulu.

Dan di malam Ramadan ke lapan ini, ada bantuan dari Dana Kita untuk mereka.
Sekurang-kurangnya mereka sekeluarga dapat makan nasi malam ini dan hari-hari seterusnya.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. Itulah #DanaKITA.

#MFS
– Apa pun warna kulit mereka, apa jua agama yang mereka anuti, mereka masih insan yang perlu disantuni –

Antara komen netizen :

Zulhairy Amiruddin :Alhamdulillah.. Terbaik cikgu! Tapi apsal dgn anjing kita kena speaking😂 dengam kucing elok je cakap melayu 🤣🤣

Pen Hitam :inilah cara dakwah yg paling lembut..kite dekati mereka..tunjukkn akhlak yg baik pd mereka..insyaAllh hidayah itu akn hadir jua klk..

Norsham Yahaya :Slm cikgu. Jika muthu seorg oku. Cikgu blh rujuk ke JKM terdekat utk mendapatkan elaun pekerja cacat ,rm 400 sbln. dan jika x mampu bekerja blh jg dpt bantuan oku x bekerja.rm 250 sebulan.

Ummu Illiyas :Sangat2 rasa berdosa buang makanan yg lebihan smpai..Ade lagi insan yg sgt2 memerlukan.rasa insaf dalam sanubari.walaupun mereka bkn agama Islam..tetapi mereka pun tetap Manusia…ini baru Malaysia.belum lagi yg kna perang😢😢 ya Allah.. hindari lh sifat membazir pada kami lebih2 pada bulan penuh berkah…😭😭 Tedah jaik atiku….😭😭

Azreen Wardah :Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. disebabkan seorang dari kaum dia, semua melabelkan kaum itu tidak berguna serta kurang ajar..padahal sikap itu datang daripada individu tu sendiri.. ramai sahaja dari kaum mereka ni org yang baik baik.. semoga anak tu berjaya suatu hari nanti dan dapat ubah keluarganya..

Sumber : Mohd Fadli Salleh via tribune malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *