‘Abang ada duit ke’, Lihat jawapan yang diterima. Suami sanggup main Kutu untuk hadiahkan isteri gelang emas sempena ‘anniversary’

Suami sanggup main Kutu untuk hadiahkan isteri gelang emas sempena ‘anniversary

Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, terdapat segelintir suami terlupa dan tidak ambil kisah mengenai ulang tahun perkahwinan masing-masing.

Malah, ada pula suami jika dapat duit lebih seperti imbuhan atau bonus, lebih mengutamakan hobi sendiri seperti membeli aksesori kereta, alatan memancing dan sebagainya. Namun, bila ditanya mengenai hadiah atau imbuhan buat isteri, mereka buat tidak endah dengan alasan, tidak wajib & tidak penting.

Tidak kira berapa banyak pun pendapatan seorang suami, bukanlah hadiah mahal yang dimahukan. Semuanya bergantung kepada keikhlasan. Andai suami mampu membelikan kerongsang tudung, dan dia tahu isterinya suka sudah cukup menggembirakan!

Jika sekotak rokok mampu kumpul duit untuk beli, apalah sangat hadiah kecil seperti tudung, beg atau kasut yang diberi mungkin hanya setahun sekali berdasarkan kemampuan.

Namun lain pula bagi seorang pengguna Facebook, Mohd Fadli Salleh yang nekad mahu menghadiahkan isterinya, Azura Abdullah Sabawi seutas gelang emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka bulan ini.

Alhamdulillah.

Menerusi laman Facebook, bapa kepada seorang anak itu mengambil keputusan untuk bermain kutu bersama rakan-rakannya bagi menjayakan ‘misi’ tersebut.

Sebelum itu, Fadli sudah membeli gelang emas Pandora bagi isterinya namun wanita itu berhasrat akan memakainya apabila anak mereka besar kelak.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *