“Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi”- Ibu Ainul Mardhiah Kongsi Gambar Terbaru Anaknya Selepas Pembedahan.

Berkat doa dan usaha gigih semua yang terlibat dalam pembedahan  membuang ketumbuhan di mulut adik Ainul Mardhiah, pembedahan yang boleh dianggap berisiko itu telah berjaya dijalankan.

Mengambil masa selama lima jam, ketumbuhan seberat 200 gram itu telah dibuang dan adik Ainul masih kuat dalam melawan penyakitnya itu.

Sebelum ini, menerusi perkongsian daripada ibu dan bapa Ainul Mardhiah di laman sosial masing-masing telah meluahkan rasa syukur diatas kejayaan pembedahan berisiko untuk anak mereka.

_nrlerwani: Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang❤️

Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London. Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami💕

Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga

Komen netizen

Cantiknya ainul

Comei sangt kamu

Sebak tngk

Mari kita sama-sama terus panjat doa buat Ainul

Justeru itu, Dr. Amalina telah meminta seluruh rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan adik Ainul agar kesihatannya kembali seperti sedia kala.

Alhamdulillah, teremosi baca kapsyen Dr. Amalina

Muat naik daripada doktor muda dan juga Instafamous warga Malaysia itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif terutamanya daripada warganet. Rata-rata menzahirkan rasa syukur dengan meninggalkan komen di Instagram Dr. Amalina.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada ‘team’ yang bertungkus-lumus  memastikan pembedahan berisiko itu berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *