Elfira Loy Kongsi Foto Nampak ‘Baby Bump’ Saat Holiday Di Istanbul, Seri Bakal Ibu

Menerusi akaun Instagram pelakon Elfira Loy, bintang cantik ini ada berkongsi beberapa keping gambar ketika dia dan suaminya, Faris Anuar bercuti di kota Istanbul, Turki.

Malah, pasangan sama cantik sama padan ini galak berkongsi aksi serta pemandangan indah di destinasi percutian terkenal dunia itu.

Menariknya, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy secara tak langsung ibarat berkongsi foto yang turut perkembangan terkini dirinya bersama ‘baby bump’ yang jelas kelihatan.

“Sooo happy !! i am here again , in Istanbul , nasib baik ada ticket lagi dekat @turkishairlines. ( last minute decision ) .

“Last year i was here for the marathon so tak sempat nak jalan-jalan , now i am soo readyy for the foodz & shopping,” tulisnya.

Di samping itu, peminat turut berkongsi perasaan teruja di ruangan komen posting terkini.

Malah, ada yang memuji penampilan Elfira yang berseri-seri ketika hamil.

Elfira diijabkabulkan bersama suaminya Muhd Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu.

Artikel berkaitan: Elfira gagahkan diri berpuasa

KUALA LUMPUR: Biarpun berdepan dugaan dan kesukaran, Elfira Loy yang sedang hamil anak sulung tetap berusaha menjalani ibadah puasa.

Isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar itu berkata, dia tidak mahu terlalu memanjakan diri hingga mengabaikan tanggungjawab melunaskan Rukun Islam ketiga itu.

Pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu mengakui, pada hari pertama Ramadan, dia diuji apabila badannya kurang selesa, selain cepat loya dan kembung perut.

“Memang agak mencabar berpuasa ketika sedang berbadan dua. Pada hari pertama, pelbagai perasaan datang, namun saya cuba untuk tidak terlalu mengikut kata hati.

“Saya lelapkan mata dan apabila bangun, saya ke dapur menyediakan juadah berbuka. Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh.

“Cuma pada hari kedua Ramadan, saya tewas. Ada ketika, saya dalam dilema sama ada mahu berpuasa atau tidak, tetapi selagi tidak membebankan diri dan membahayakan kandungan, saya akan cuba,” katanya.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Qaleesya itu berkata, dia sudah dimaklumkan doktor tiada masalah untuk berpuasa.

“Cuma, apabila berdepan alahan, itu yang membuat saya tidak berdaya. Dugaan setiap wanita hamil tidak sama, tetapi saya lawan juga perasaan itu,” katanya.

Elfira berkata, dia juga cuba kuatkan semangat untuk menunaikan solat tarawih bersama suami kerana tidak mahu melepaskan keistimewaan bulan mulia.

“Dorongan suami memberikan saya kekuatan untuk menunaikan tarawih. Memang ada ketika, saya rasa tidak selesa kerana belakang badan sakit dan cepat mengah, tetapi saya cuba lakukan juga,” katanya.

Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu

Foto : Instagram Elfira Loy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *