“Ainul nmpak sangat comeI, bibir dia cantek, pipi dia tembam”, Pertama Kali Buka Mata, Adik Ainul Mardhiah Sudah Sedar

Ainul dah sedar, alhamdulillah”. Itu khabar gembira disampaikan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, bapa kepada bayi perempuan yang menghidap k4nser mulut ‘Germ Cell Tum0r’, Ainul Mardhiah. Ahmad Safiuddin menzahirkan rasa syukur selepas anaknya yang berusia sembilan bulan, selamat menjalani pembdahan untuk membuang ketmbuhan pada mulutnya di London, semalam. Beliau turut berkongsi wajah anak sulungnya itu yang sudah tidak lagi memiliki ketumbuhan seberat 200 gram pada mulutnya.

Selepas kira-kira lima jam menjalani pembdahan membuang tum0r di mulutnya semalam, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini sudah sedarkan diri. Khabar gembira itu dikongsi bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, melalui status ringkas di Fcebook miliknya malam tadi. Ahmad Safiuddin melahirkan rasa syukur apabila Ainul Mardhiah kini sudah sedar.

“AINUL nampak sangat comel, bibir dia cantek, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.

Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap k4nser mulut Germ CeII Tum0r kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.

Melalui status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata, pembed4han membuang ketvmbuhan anaknya itu berjaya dan Ainul berjaya melepasi ris1ko bah4ya.

“Alhamdulillah, sampai tidak tahu macam mana lagi nak ucap terima kasih pada doktor yang terbabit. Sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.

Bukaan yang pertama

“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk memastikan Ainul betul-betul baik sebelum dipindahkan semula ke w4dnya yang biasa.

Pengorbanan demi Ainul Mardhiah, sambut Aidilfitri di London

Menurut laporan sinar harian sebelum ini. Mungkin terpaksa menyambut Aidilfitri di perantauan namun semua itu terpaksa dikrbankan demi memastikan Ainul Mardhiah yang menderita k4nser mulut mendapat rawatan sebaiknya.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, dia sekeluarga akan berlepas ke London esok malam untuk rawatan doktor pakar.

“Masih tak tahu lagi macam mana perjalanan di sana nanti dan belum boleh tahu tempoh rawatan lagi. Sampai sana nanti baru tahu semuanya.

“Untuk tinggal di sana sepanjang rawatan, Insya-ALLAH dana yang ada mencukupi…soal tempat tinggal nanti akan diputuskan kemudian.

“Terima kasih rakyat Malaysia, kami sekeluarga sangat terhutang budi dan mendoakan ALLAH lipat gandakan rezeki buat anda semua,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Ahmad Safiuddin, kos rawatan untuk anaknya sudah mencukupi dan setakat ini Ainul dilaporkan sihat walafiat.

“Jika tak cukup nanti di sana, pandailah saya usahakan. Saya tak mahu susahkan sesiapa lagi. InsyaALLAH ada rezeki kami nanti. Yang penting sekarang ini, Ainul dapat dirawat sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara Ainul Mardhiah, Kharil Fadzly Rosli turut memaklumkan mereka sekeluarga akan bersama menghantar anak saudaranya ke KLIA.

“Penerbangan berlepas dijangka pada jam 11.30 malam dan kami semua berharap Ainul Mardhiah kuat dan cepat sembuh dari rawatan di London nanti.

“Mungkin kami tak dapat beraya bersama kerana mereka berada di perantauan tapi yang penting, Ainul dapat dirawat dan sihat.

“Semoga semuanya dipermudahkan dan jika diizinkan ALLAH, Ainul dan sepupunya dapat beraya bersama tahun depan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Safiuddin berkata, usaha membawa anak tunggalnya itu untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di London merupakan satu risiko yang perlu ditanggung.

Namun mereka masih meletakkan harapan yang tinggi agar Ainul Madhiah dapat menjalani kehidupan normal seperti bayi lain.

Beliau berkata, mereka juga dimaklumkan untuk sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan yang bakal berlaku.

“Ini kerana bukan sahaja harapan untuk anaknya itu kembali sihat tipis malah pembdahan yang berkemungkinan dilakukan ke atas anaknya itu juga berisiko tinggi.

“Membawanya menaiki kapal terbang juga berisiko dan sama ada dia dapat menjalani pembdahan atau tidak, kita belum pasti lagi.

“Bergantung kepada ujian Pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang akan dilakukan di London kerana keputusan MRI yang dilakukan di sini tidak jelas,” katanya.

Derita peny4kit knser mulut dialami Ainul Mardiah yang berusia lapan bulan itu turut menarik perhatian doktor pakar, Dr Nur Amalina Che Bakri yang berusaha berbincang dengan sekumpulan doktor pakar di UK bagi melakukan pembdahan ke atas bayi perempuan itu.

Susulan laporan mengenai Ainul Mardiah, Ketua Mnteri Melaka, Adly Zahari turut menzahirkan komitmen kerajaan negeri untuk membiayai kos pengangkutan dan penerbangan keluarga itu bagi rawatan pembdahan di UK.

Antara komen netizen

Nabil Razak, Alhamdulillah.. Terharu dan sebak tgk adik ainul nie.. Semoga adik comel ni kuat semangat.. Rakyat malaysia dan melaka sentiasa berdoa semoga adik ainul cpt sembuh. Kami semua xsabar nak tgk adik ainul balik ke tanah air.. Terima kasih doktor Amalina and the gang dan terima kasih Dato aliff syukri ade beri perbelanjaan sedikit pada adik ainul nie dan rakyat malaysia.. Semoga Allah s.w.t dpt membalas jasa baik korang smua… Aminnnnnnn

Safarini Sulaiman, Menitis air mata tengok keadaan ainul sekrg.. Bukan sedih tp terlalu gembira. Terima kasih yaa Allah, dgn ilmu yg kau ilhamkan ke atas doktor2, baby ainul xperlu lagi simpan tum0r ni. Cepat sembuh baby comel. You are always in our prayers.

Uzlhaa Mohd Shukri, Tahniah tuan atas keberjayaan pembdahan adik ainul mardhiah.. Tanpa sedar bila baca post pasal ainul hari ini mata agak berkaca.. Bukan sebab sedih.. Tapi sebab Allah sempurnakan kembali adik Ainul.. Semoga keserasian utk melalikan mulutnya utk buka dan tutup seperti anak kecil lain dpermudahkan..

Bukan anak aku pun.. bukan sesiapa pun bagi aku pun.. tapi setiap kali igt akan adik ainul mesti terdetik dalam hati berharap Allah mempermudahkan segala urusan kesihatan dia.. Kdg2 terpikir Allah sedang merealistikkan harapan dan doa aku.. Hari ini buka fb mesti nak carian kisah adik Ainul dalam keberjayaan pembdahan hari ini..

Tak th nak kata mcm mn.. skrg ni perasaan sgt teruja sepanjang masa semenjak dari tengahari tadi.. Bila berita d tv keinginan nak dgr citer pasal adik Ainul.. Bila dah sampai waktu kisah nya.. volume tv terus d kuatkan.. Mmg tak th nak cakap mcm mn.. tapi rs sgt bersyukur dengan keajaiban itu..

Apa2 pun sgt2 berterima kepada Doktor Amalina kesudian utk cuba membantu adik Ainul.. Kegembiraan dengan tangisan terlihat dwajah ibubapanya serta semua doktor2nya.. Terima kasih Allah.. Terima kasih byk2 Allah.. Syukur kehadrat Mu Allahku.. Terima kasih byk2 Allah..

Sumber : Harian Metro via celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *