Dari Awal Perkahwinan Hingga Sekarang, Bilik Tidur Bau Busuk Bertahun Kahwin Tak Pernah Tukar Cadar

Suami saya terlalu ego untuk mengambil berat tentang diri saya isterinya. Saya sentiasa makan hati dan dia langsung tidak pernah meminta maaf di atas kesilapan dan kesalahannya yang telah menguris hati saya.

Satu perkara yang saya tak boleh lupa, dia pernah tinggalkan saya di rumah ibu bapa saya ketika saya melahirkan anak tanpa menghubungi saya selama berbulan-bulan. Saya tertekan dan kerana stress saya sering menangis memikirkan perkara ini.

Isteri tak redha suami. Seorang isteri pasti akan tertekan jika suami ada sikap sambil lewa. Mengapa saya tidak boleh dapat perhatian yang baik dari seorang suami? Apabila saya demam atau sakit, saya kena urus diri sendiri. Dia kerap bangun lambat dan solat Subuh saya yang perlu kejut dia setiap hari.

Walau bagaimanapun, suami saya ini bukannya seorang yang suka tinggal solat. Biar pun lambat dia pasti akan tetap solat, puasa semuanya ok. Tapi, bila bulan puasa, sekalipun dia tak pernah ambil perhatian untuk bangun sahur dan semestinya saya yang harus bangun dulu.

Semua duit gaji saya pun, saya selalu tolong dia untuk bayar sewa rumah, insurans dan sebagainya. Sebenarnya, saya tidak kisah tentang semua itu asalkan dia tahu ganti dan jaga saya sebagai isteri dengan baik. Ya, dia pasti akan bayar semuala walaupun agak lambat.

Saya cuma inginkan perhatian darinya. Prihatin terhadap isi hati saya sebagai seorang isteri yang memerlukan suami. Bilik tidur berbau busuk. Bilik tidur juga antara faktor utama untuk menjaga kemesraan suami isteri. Kadang-kadang saya sangat stress apabila balik ke rumah.

Rumah sentiasa bersepah dan seperti tiada inisiatif untuk mencantikkan rumah dan sebagainya. Selama 6 tahun berkahwin, saya yang selalu kena ingatkan dia, tolong kemas rumah, tolong cuci bilik air, tolong basuh pinggan. Saya merasa meluat, kadang-kadang dia buat tapi selalunya saya yang kena buat.

Bilik tidur kami suami isteri sangat busuk dan berbau seperti masam peluh sehinggakan kadang-kadang apabila saya duduk atau baring sebentar, kaki saya pasti akan lebam-lebam dan gatal-gatal seolah digigit pepijat. Saya tidak pernah tidur dengan suami semenjak kelambu yang berada di bilik tidur kami koyak memang sudah lama.

Sejak itu, bilik tidur berbau sangat-sangat kuat. Saya tak boleh tidur tanpa kelambu. Saya tak boleh tidur jika ada nyamuk. Tapi kenapa saya langsung tiada inisiatif untuk memperbetulkan keadaan ini? Bilik tidur yang kotor dan busuk. Rumah yang kotor menunjukkan penghuninya juga seorang yang pengotor?

Sebagai contoh, belikan kelambu baru, tukar cadar, basuh dan sebagainya. mengapa saya saja yang kena buat semua? Dia tak teringin saya tidur di sebelahnya? Saya stress, selama 6 tahun perkahwinan kami, sarung bantal tak pernah dibeli baru. Lasam, buruk semuanya dan alas cadar pun sama.

Rumah kami pun setengah tahun sudah tiada langsir dan dia buat tak tahu saja. Saya yang kena keluarkan duit biasanya untuk membeli barang-barang atau perhiasan untuk cantikkan rumah kami. Apabila dibeli haruslah dijaga dengan baik. Tapi, saya juga yang perlu menguruskan semuanya. Mengapa?

Saya juga mahukan perhatian dari lelaki yang bergelar suami. Saya ingin dimanja, dibelai dan juga disayang. Adakah saya tidak layak? Mengapa? Apakah salah saya? Di bahagian dapur juga sangat kotor. Selepas memasak urusan perniagaannya, dia biarkan macam itu saja.

Saya pernah melihat dan tidak mengusik urusan niaganya sehingga pernah bertahan selama seminggu dan seminggu jugalah dapur tersebut tidak diusik sehingga berkulat. Betapa sakitnya hati saya, saya juga kena kemas semuanya semula. isteri stress suami pemalas. Semua kerja rumah sepatutnya perlu dibantu suamii bukannya isteri sahaja yang lakukan.

Tekanan saya semakin kuat dan sehinggakan saya merasa takut untuk bersalin lagi. Saya risau jika saya jadi tak betul atau yang berkaitan dengan mental problem. Emosi saya sangat teruk dengan anak-anak dan sebabnya kerana saya ada pengalaman berdepan dengan suami yang tidak mengambil berat serba serbi.

Perkara yang berkaitan dengan hubungan intim pun seperti biasa sahaja dan hanya 3 hingga 4 kali sepanjang kami berkahwin dia inginkan saya. Selebihnya, saya yang harus mengajaknya. Kerana saya mahu kasih sayang dari suami. Saya stress mengapa suami saya tak merasa dan tahu bagaimana isi hati seorang perempuan iaitu isteri?

Suami saya ini seperti jenis yang tidak ambil kisah dengan banyak benda. sebagai contoh, jika tiada telefon bimbit pun tak mengapa. Makan nasi berlaukkan telur pun tak apa. Pakai baju yang lusuh pun ok saja baginya. Pernah pergi ke Mall dengan kain pelikat selamba saja. Tapi, saya tak begitu.

Mungkin kerana sebab itu juga dia tidak mahu mengambil berat atau tak mahu memahami hati seorang perempuan. Mungkin baginya semuanya baik saja. Apa yang baiknya? Walaupun nafkah diberi, kadang-kadang cukup, kadang-kadang tidak, saya tidak kisah semua itu. Sebab dia masih memberi cuma saya stress dia sangat suka buat tak tahu saja.

Sebenarnya, banyak kali saya sengaja tunjukkan protes seperti baling kerusi, baju, cerek serta menjerit sekuat hati di atas bantal. Dia nampak, tahu dan dengar tetapi dia tidak pernah bertanya mengapa dan sebab apa. Dia hanya buat tak tahu, sakitnya hati saya ni.

Sekarang apa yang patut saya lakukan? Saya buntu. Saya tak tahu sampai bila lagi saya harus bertahan. Adakah ada mana-mana badan kuasa hakim yang boleh membantu saya dengan memberi nasihat kepada suami saya supaya dia berubah?

Apa agaknya yang wanita ini harus lakukan? Jika anda ada idea atau mempunyai sebarang pendapat sila nyatakan agar wanita ini dapat membantu dirinya menyelesaikan masalah rumah tangganya ini. Wanita ini akan terus membaca dan menerima semua pendapat anda terhadapnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *