“Dia Teman Mak Di Syurga..”- Adik Afdlin Shauki Temui Aj4I Akibat Langgar Lari

“SEKARANG adik dah boleh jaga mak, insya-Allah di jannah. Tak aci ‘korang’ dah bersama,” tulis pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki susulan adiknya, Jefri Adzman Aksan disahkan men1nggl dnia jam 5.14 petang hari ini.

Berita sedih itu disampaikan Afdlin menerusi laman sosialnya. “Adik lelaki saya, Jefri Adzman Aksan pulang ke rahmatullah hari ini jam 5.14 petang di Hospital Thomson, Kota Damansara.

“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau dan halalkan makan dan minumnya. “Jika adik saya ada berhutang dengan sesiapa, bolehlah menghubungi saya,” tulisnya.

“Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kvbur, elakkan dari az4b api ner4ka, elakkan dari f1tnh sewaktu hidup dan selepas m4ti. Elakkan dari f1tnh d4jjl. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep.”

Semalam, pelakon Bikers Kental itu memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kereta Perodua Myvi berwarna hijau yang dipercayai melanggar Jefri pada petang Ahad lalu. nMenerusi rakaman video di Instagram (IG) Live pelakon itu, Afdlin meminta sesiapa yang mempunyai rakaman ‘dashcam’ dan menjadi sksi kejadian untuk menghubunginya segera.

Dalam rakaman itu, beliau turut menunjukkan lokasi nahas yang dipercayai berlaku di simpang tiga lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petronas, Kota Damansara. Harian Metro sebelum ini turut melaporkan Jefri berada dalam keadaan kritikal dan sudah menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang d4rah beku di otak.

Malah, Afdlin melalui laman sosial, turut merayu bantuan orang ramai untuk mencadangkan mana-mana pakar neurologi bagi mendapatkan pandangan kedua mengenai situasi menimpa adiknya itu. sumber harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *