Lebaran terakhir dgn bapa, Khir Rahman kongsi gambar ciium tangan ayah pagi Syawal.

Semalam, aktor popular Khir Rahman baru sahaja memaklumkan bahawa bapanya iaitu Dato’ A. Rahman Hassan yang juga merupakan penyanyi pop yeh yeh era 60an dilaporkan dalam keadaan kriitikal. Pada jam 12.40 pagi tadi, beliau telah menghmbuskan nafasnya yang terakhir di hospital.

A. Rahman Hassan, 73 telah dikejarkan ke hospital pada 10 Jun 2019 selepas pitam di stesen minyak Ampang kira-kira jam 10 malam dan di kejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Sambutan lebaran terakhir bersama bapa
Menerusi muat naik di Instagram anaknya, dia memberitahu bahawa Aidilfitri tempoh hari merupakan hari raya terakhir bersama bapa selepas lagenda pop yeh yeh itu keluar daripada hospital selepas dimaksukkan ke wad semasa bulan puasa.

Khir Rahman dan keluarga dilihat bersalam-salaman bersama bapa dan ibu tirinya yang juga pelakon Fadilah Mansor dalam suasana hari raya.

Abah dah takda.

(Di atas adlh momento terakhir sy bersalam raya dengan arwh abah pada Shawal pertama 1440 baru2 ini)

ASSALAMUALAIKUM.
“Abah dah takda” Sy KHIR RAHMAN mahu memaklumkan secara rasmi..bahawa tepat jam 12.40 pagi tadi, bertarikh 13hb Jun 2019, bersamaan dgn 9 Syawal .ayahanda sy *DATO A RAHMAN HASSAN* telah kembali ke rahmahtullah
Alhamdulillah.. berkat doa semua, arwh abah telah pergi dengan baik sekali..semoga abah disekalikan bersama mereka yg beriman dan dikasihi Allah.

Jenzah akan dibawa pulang ke kediaman arwh di No 6, Lorong 2A, Taman Sri Ukay.di solatkan dimasjid yg akan ditetapkan nanti ..dan dikbumikan selepas Zohor di Tanah Perkburan Taman Keramat inshaaAllah.Al Fatihah.

Sempat bergambar bersama anak dan cucu
Gambar-gambar hari raya mereka semua juga baru sahaja dimuat naik di Instagram Khir dan kelihatan bapanya sedikit kurus berbanding sebelum ini.

Al-Fatihah.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata peminat dan juga rakan artis telah menurunkan ucapan takziah kepada keluarga arwh dan mendoakan agar r0h penyanyi popular itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

alifsatar.innalillahiwainnailayhirojiuun… salam takziah bang.. alif turut bersedih atas kehilangan almarhum.. semoga r0h almarhum sentiasa dicucuri rahmat Allah swt, dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beramal soleh. stay strong bang…

Takziah dari kami.

Orang baik Allah sayang.

kak_ogy inalillahi wainailaihi rojiun. Ya Allah ampunkan d0sa2 Allahyarham Dato A Rahman Hassan dan tempatkan r0hnya didalam

golongan org2 yg beriman. Al Fatihah buat Allahyarham Dato A Rahman Hassan..Aamiin.. @kei ramoss Salam takziah buat Khir, Ct, Datin Fadilah dan seisi keluarga. Orang baik Allah sayang.

Innalillahiwainaillahirajiun.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Salam takziah buat keluarga.

mimieszakaria salam takziah abang khir. semoga arwah abah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

rmanaman.”Ya Allah, ampunilah dosanya,
berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.” Alfatihah.

zilazulkifli Inna lillahi wa inna ilaihi
rojiun.. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu…Aamiin Ya Rabb..Salam takziah buat abg, kak jas dan seluruh ahli
keluarga..

Sumber : Khir Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *