Tuan rumah dedah ada mak ayah ‘sama naik’ dgn anak gelakkan duit raya RM5, sampul buang depan mata.

KISAH mak long yang tular kerana tidak berpuas hati dengan duit raya RM5 pemberian anak saudaranya menjadi bualan netizen.

Luahan mak long itu dibuat di laman sosial Twitter, tapi lain pula ceritanya bagi segelintir kanak-kanak, keluhan mereka kerana menerima wang kertas warna hijau itu dilontarkan secara langsung di hadapan pemberinya.

“Sedih aku bagi RM5 kat budak datang beraya, dia gi buka depan aku dengan mak ayah dia. Pastu dia cakap RM5? RM5 isi minyak motor aku,” menerusi perkongsian seorang pemuda di laman sosial Twitter sehingga menjadi tular.p

Pemuda berkenaan, Nazrul Hakimi Sulaiman, 24, berkata, kejadian berlaku semasa orang ramai datang beraya di kampungnya di Klebang, Melaka, baru-baru ini.

Perkongsian Nazrul di laman sosial mengenai pemberian duit raya RM5.

Nazrul Hakimi atau lebih mesra disapa Nazrul berkata, sebaik sahaja menerima duit raya pemberiannya, kanak-kanak berusia dalam lingkungan lapan tahun yang tidak dikenalinya itu memalingkan badannya kepada ibu bapanya sebelum membuka sampul dan mengeluh mengenai isi kandungannya.

“Bayangkan masa tu semua tetamu nak balik. Ada tiga keluarga semuanya, ramai… lebih 10 orang. Budak tu cakap RM5 je punyalah kuat sampai semua orang pandang.

“Mak ayah budak tu selamba je gelak pandang saya. Bukannya nak tegur anak dia ke sebab cakap macam tu, dia gelak je. Dari malu terus bertambah malu,” katanya kepada mStar.

Nazrul membuat persiapan untuk memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Nazrul berkata, kanak-kanak berkenaan bukan sekadar mengkritik pemberian duit rayanya, malah sampul tersebut turut dibuang di depan mata, dilakukan di hadapan ibu bapanya.

“Kena kat muka sendiri lagi sakit hati. Tapi fikir positif je lah sebab budak-budak tak tahu apa. Lagipun, pemberian saya ikhlas walaupun tak kenal mak ayah termasuk budak tu.

“Namun apa yang saya kesalkan adalah sikap selamba mak ayah budak tu. Lepas gelakkan saya tanpa menegur anaknya, terus pergi macam tu je. Macam tu ke didik anak?,” soalnya.

Dulu masa belajar di universiti empat tahun lalu, saya pernah jimat minyak motor sebab tak ada duit. Sampai pernah motor tersadai tepi jalan sebab minyak dah habis. – NAZRUL

Dia menegaskan bahawa perkongsiannya itu merujuk kepada didikan ibu bapa khususnya mengenai duit raya kini bukan lagi dianggap kemestian, malah boleh diperlekehkan nilainya.

Pek duit raya yang disediakan Nazrul.

Menurut juruteknik itu, wang RM5 amat bernilai baginya kerana ia boleh digunakan untuk mengisi minyak motosikal bagi kegunaan beberapa hari.

“Saya memang pergi kerja naik motor. Kalau RM5 tu walaupun tak penuh, tapi sekurang-kurangnya lepas lah juga untuk dua hingga tiga hari.

“Dulu masa belajar di universiti empat tahun lalu, saya pernah jimat minyak motor sebab tak ada duit. Sampai pernah motor tersadai tepi jalan sebab minyak dah habis.

“Tapi segelintir budak-budak sekarang tengok RM5 macam tak ada nilai. Sepatutnya mak ayah budak tu termasuk mak long yang viral tu menjadi contoh yang baik, bukannya ikut sama buat perangai macam budak-budak,” katanya dengan nada kesal.

Kredit mstar online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *