Blik kerja nmpak anak dibiar main pasir longkang depan rumah, tgk isteri dlm bilik seronok main hp.

Suatu Petang

Aliff ke rumah ibunya, untuk makan disitu..

Mak : Aliff Kenapa makan di sini. Isteri kamu tak masak?
Aliff : Masak ibu..
Mak : habis tu ..
Aliff : Biarlah, saya makan sini, malas nak makan di rumah.
Mak : Kenapa? Kamu ada masalah dengan isteri?
Aliff : Ya ibu, dia duduk rumah tak buat apa pun, saya ni penat, balik keje nak rehat tapi dia yang asyik mengeluh dan membebel sebab saya tak tolong kata dia penat. Penat buat apa je, duduk rumah, jaga anak, masak.

Mak : Memang isteri kau selalu mengeluh ke?
Aliff : Takdelah hari-hari, kadang tu lah.. bukan saya suruh dia pergi kerja luar sana cari nafkah, duduk rumah je pun, jaga anak takkanlah penat.

Kemudian si ibu telefon isteri nya dan kembali ke meja makan menemui Aliff yang sedang makan.

Aliff : Ibu dah tegur dia?
Mak : Hmmm, ya…

Esok Harinya

Aliff pulang ke rumah dari kerja. Dengan rasa terkejut, dia nampak anaknya yang masih bermain pasir depan rumah dengan baju tidur. Yang sorang lagi main dekat longkang luar. Dengan selekehnya..

Dia panggil 2 anaknya…

“Along, angah masuk dalam sekarang!!”
.
Masuk je rumah…

Terkejut habis dia.. tersandar di bingkai pintu.Depan tv bersepah dengan mainan, pinggan depan tv bekas makanan dengan kain atas sofa.. lantai penuh cap kaki anaknya… bedak terabur, ada air manis tumpah.

Masuk ke dapur…

Sekali lagi dia tersandar di jenang dinding. Terlihat dari jauh mesin basuh yang penuh dengan baju kotor. Pinggan dalam singki, makanan kucing berterabur… dia tanya anaknya.

“Along, mak kat mana?”

Along balas.. “Dalam bilik ayah”

Aliff mula risau …

Baru depan rumah dengan dapur macam tu…
inikan pula dalam bilik.

Perlahan Aliff membuka pintu bilik. Terkejut melihat isterinya, atas katil sambil golek main handphone dan dengar lagu guna earphone.

Isteri : Abang dah balik ye? Nak apa2 tak?

Aliff cepat2 ambil 2 anaknya, dan menuju ke rumah ibunya. Dalam keadaan marah… dia tidak bercakap satu patah pun pada isterinya.

Sampai je ke rumah ibunya. Aliff terus masuk dan hantar 2 anaknya ke dalam.. Baru dia nak mulakan percakapan…. Ibunya mencelah.

“Ya Aliff, ibu sudah tau, ibu yang suruh dia untuk membiarkan semuanya bersepah, ibu yang suruh dia untuk diam tanpa buat apa2 kerja rumah, biar dia cuti, biar tidak memasak, biar tidak menyapu, tidak menyuci pakaian, tidak menjaga anak kamu, tidak mengurus rumah.

Ibu suruh dia biarkan semua.. Tanpa melakukan apa pun. Apa yang Aliff rasa sekarang?

Ada “ORANG LAIN” ke yang uruskan anak bila isteri Aliff tak buat apa apa..?

Ada “ORANG LAIN” ke masak bila isteri Aliff tak buat apa apa..?

Ada “ORANG LAIN” ke urus pakaian bila isteri Aliff tak buat apa apa..?

Ada “ORANG LAIN” ke KEMAS rumah bila isteri Aliff tak buat apa apa..?

Ada “ORANG LAIN” ke JAGA anak supaya rumah tak bersepah..?

Siapa ada yang mengurus itu semua jika isteri hanya duduk diam dirumah?

ADA “ORANG LAIN” BUAT KE?

IBU RASA KAN… Kalau isteri Aliff diberi pilihan, dia pun nak pergi kerja, dari duduk rumah.

Penatnya duduk rumah ni … ingat senang ke?

Kalau isteri Aliff minta tolong, rasanya Aliff pun tak sanggup.. Jangankan 24 jam mengurus anak, 10 minit saja di suruh temankan anak main belum tentu Aliff sanggup.

Aliff rasa dia duduk rumah tak buat apa apa ke?
Dia mengeluh tu, bukan apa, dia minta tolong je.

Takkan isteri tak boleh nak mengeluh, jawab jelah “Sayang nak abang tolong” itu pun dah cukup.

Sekarang ni Aliff nak tanya juga ke…

KENAPA payudara isterimu kendur,
KENAPA isteri tak pernah make up, kusam,
KENAPA isteri Aliff tak secantik perempuan luar sana.

Ni biar ibu beritahu.. Jangan kau bandingkan kecantikan isterimu dengan wanita muda di luar sana, kerana isterimu sudah korbankan seluruh jiwa raganya untuk mengabdi padamu, dia habiskan masa untuk anak-anaknya dan suaminya, tiada masa untuk dirinya, dia gemuk, kerana sibuk jaga makan minum anak-anak dan suami, badan dia mengelebeh sebab bertarung nyawa untuk melahirkan anak buat kamu.

Seorang isteri rela bentuk badannya berubah demi anak anak.

Aliff terdiam… Dia baru sedar..

Yang dia silap. Dia tak nampak apa yang isteri dia lakukan. Perjuangan seorang isteri hanya akan kelihatan, saat dia sudah tiada di dunia. Tapi waktu tu dah terlambat.

Dia bersyukur, sebab maknya membuka matanya yang selama ini BUTA. Tak nampak apa yang isteri dia telah lakukan..

“Maafkan abang sayang…” kata Aliff sambil menangis.

Sumber : TRIBUNE MALAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *