‘Mungkin Akan Cacat Seumur Hidup’ – Lelaki Dakwa Dit4mbak Polis Kerana Enggan Berhentikan Motor. Ini Respond Ibu M4ngsa Jelas Apa Berlaku.

Disebabkan tidak berhenti apabila dikejar polis setelah melanggar lampu isyarat, seorang penumpang motosikal ced4ra ditmb4k seorang anggota polis trafik. Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku di Jalan Langgar berhampiran Jalan Datuk Kumbar Alor Setar, mngsa  Mohamad Alif Aiman Anuar, 21 yang membonceng motosikal rakannya untuk ke tempat kerja ditembak seorang anggota polis yang cuba menahan mereka.

Ibu mngsa, Hashimah Mahmood, 49, berkata anaknya masih dalam keadaan sedar dan mengaku sudah menyuruh rakannya itu memberhentikan motosikal namun diendah kerana tidak memiliki lesen memandu.

Polis trafik yang kebetulan berada di jalan itu bertindak mengejar motosikal yang dinaiki anaknya sebelum melepaskan tmb4kan. Berikutan kejadian itu, anak saya yang bekerja sebagai tukang paip kini ditempatkan di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Malah, pihak hospital memaklumkan bahawa akan menjalankan satu pembedahan bagi mengeluarkan sebutir peluru pada tangan anak saya malam ini.

Bagaimanapun, dia membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis itu melepaskan tembakan sedangkan anaknya tidak memberi sebarang ancaman kepada polis itu.

Berdasarkan apa yang diberitahu anak saya, selepas ditmb4k anggota itu meninggalkan anak saya dalam keadaan berlumuran d4rah selain tidak membantu menghubungi ambulans. Saya ingin menuntut keadilan untuk anak saya yang mungkin akan cacat seumur hidup.

Suri rumah itu berkata, rakan anaknya iaitu penunggang motosikal sudah menghubungi majikan untuk membawa anaknya ke hospital.

Dia menyifatkan anaknya itu bersih daripada sebarang rekod jeny4h dan tidak membawa apa-apa senj4ta melainkan peralatan kerja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mat Kasim Karim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan setakat ini anggota polis trafik yang melepaskan temb4kn itu masih belum membuat laporan polis.

Siasatan kini dijalankan untuk mencari punca mengapa temb4kan berkenaan boleh dilepaskan sama ada tembakan yang dilepaskan adalah dengan niat untuk memberhentikan motosikal berkenaan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, tindakan itu adalah tidak wajar dan sekiranya tindakan anggota polis itu didapati bertentangan dengan undang-undang, ia akan membuka ruang kepada mangsa untuk mengambil tindakan sivil terhadap pasukan sepertimana yang telah berlaku dalam kebanyakan kes sebelum ini.

Sumber: Harian Metro, ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *