“Tak Pernah Terfikir Yang Saya Akan Nampak Cantik Satu Hari Nanti” – Enot

Memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus merupakan semua impian kaum wanita. Di akaun Instagram milik pelakon senior, Enot ada berkongsi beberapa keping gambar wajahnya yang terkini.

“Assallamualaikum Alhamdulilah bersyukur dgn apa yg Allah beri, x pernah trfikir yg sy akan nmpk cntk one day(perasan cntk hehehe)

“yg paling x caya kulit muka sy nmpk bertambah cntk dan muda ( statement mcm mntk tampor )sbb apa kt nk cntk kena bersih dr dlm baru terbit kat hati u all!! giteww!!

“jd nak tggu lama2 wat apa ! cer try TUYUS di bkn saja jus yg untk mnurunkan berat bdn tp mbantu mbtlkan organ dalam kt betsihkan darah kt buang toxic dlm bdn kt!

“sbb tu akk sebut cntk luar cntk dlm baru sekata! nahhh tggu apa lg??,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Dalam pada itu, peminat juga memuji wajah pelakon berusia 40 tahun itu yang kelihatan cantik dan ayu. Terdahulu, Enot pernah dikatakan menghidap penyaklt k@nser usvs pada 3 tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber: Instagram Enot via MH

Artikel berkaitan: ““Saya sudah pulih, bukan semakin sakit” – Enot disangka kembali derita kanser

TINDAKAN pelakon dan pelawak Enot berkongsi foto ketika dirinya sedang menderita kanser usus tiga tahun lalu di Instagram miliknya mengundang salah faham apabila ramai menyangka dia sedang sakit.

Sebaliknya kata Enot, dia kini sudah sihat dan bebas kanser dan perkongsiannya itu sekadar menceritakan pengalamannya melawan penyakit itu sebelum ini.

“Assalamualaikum, maaf ya, gambar yang saya post sebelum ini, itu adalah gambar #throwback saya masa sakit dan bukannya saya makin sakit.

“Saya dah sihat, Alhamdulillah. saya dah sihat dan aktif berlakon balik… Jadi jangan risau okay, cuma doakan saya makin kuat, sihat, berjaya, bahagia dan kaya hahaha,” tulisnya di Instagram.

Menerusi status tersebut, Enot mendedahkan dia pernah menghidap kanser usus pada 2013 dan berita itu benar-benar menghancurkan jiwa dan raganya sehingga dia menjadi buntu.

Bagaimanapun kata Enot, dia mula tersedar bahawa dia perlu melawan penyakit itu demi anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan perhatiannya sebagai ibu.

Dalam pada itu, Enot berkata, dia berharap tiada pihak yang bertanya mengenai penderitaannya sebelum ini kerana ia perkara yang tidak ingin diingatinya lagi.

Malah dia turut berharap sekiranya ada di antara pengikutnya yang menghidapi kansert agar terus berfikiran positif dan kuat untuk melawan penyakit mereka.

“Alhamdulillah semuanya sudah berakhir tiga tahun lepas… Jadi jangan ada lagi yang bertanyakan tentang penyakit saya. Pemulihan untuk melupakan kesakitan itu tidak semudah yang disangka,” ujarnya.

Sementara itu, Enot berkata, tahun ini dia ingin kembali aktif dalam bidang seni dan yakin 2019 akan menjadi tahun kebangkitan dan kejayaan kepadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *