Ini pengumuman Erra Fazira tentang status hubungan beliau dengan Shahir sebelum pergi Menunaikan haji

ARTIS ternama Erra Fazira mengumumkan yang hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir.

Pasangan berkenaan menamatkan hubungan kasih sejak Januari lalu, umum Erra seperti dilaporkan portal MHE pada Jumaat.

Erra berkata, sekalipun dia dan Shahir sudah membawa haluan masing-masing, namun kedua-duanya masih berhubungan sebagai rakan biasa.

“Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” kata Erra kepada MHE.

Sebelum ini, Erra sering mengelak daripada bercakap mengennai Shahir, namun mengakui dia dan penyanyi itu berkawan baik sejak empat tahun lalu.

Erra bagaimanapun, tidak berkongsi apakah punca yang menyebabkan mereka berpisah.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra lagi.

Selain itu, Erra juga turut mengesahkan yang dia dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji.

Namun begitu, Erra tidak pula memaklumkan bila dia akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu. Astro awani

Artikel berkaitan: “Saya Bertemu Jodoh Dengan Yusry, Ketika Di Puncak Kerjaya. Tapi…,”- Erra Fazira Throwback Kisah Lalu, Kini Bahagia Sama Anak – Media Hiburan

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan ‘Di Sebalik Idola’ di Astro Ria.

Menariknya, pelakon berusia 45 tahun itu telah berkongsi pengalaman hidup bersama penonton di dalam rancangan tersebut.

“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan saya, saya pernah mengalami kegagalan dalam betunang, pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran..”

“Tidak ada yang negatif atau yang tidak elok setiap perjalanan yang telah diaturkan..itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya..”kongsi Erra.

Disamping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah itu telah mengimbau kembali kisah percintaan dan rumah tangganya yang terdahulu bersama bekas suami, Yusry Abd Halim dan juga Engku Imran.

“Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya di kemuncak kerjaya..gabungan kami berdua bom!. Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’.

“Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian..tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek..”

“Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kencundang, yang sedihnya bila terpisah dengan anak..bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima untuk berpisah dengan anak..”katanya sambil menangis.

Pelakon yang terkenal dengan filem Sembilu itu juga telah berkongsi bersama penonton kisah kehidupannya selepas bercerai yang telah menyentuh hati penonton.

“Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambik anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak…biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagian anak.Yang penting anak bahagia.”

“Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia.”

“Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya, tapi baik di masa hadapan” luah Erra.

Lantas, para peminat juga turut berasa sedih setelah menonton perkongsian perjalanan hidup Erra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *