‘Bumi Selamat Ke Black Widow’ – ‘High’ Ubat Bius, Gelagat Peminat Marvel Cuit Hati Netizn

Sudah menjadi prosedur operasi standard untuk doktor memberikan pesakit ubat bius sebelum mula menjalankan sesuatu pembedahan. Ubat bius ini bagaimanapun selain memberikan rasa kebas, turut diiringi dengan kesan sampingan kepada penerimanya.

Seorang lelaki yang baru selesai menjalani pembedahan berkongsi video dia sendiri yang ‘hanyut’ gara-gara kesan sampingan ubat bius.

Bukti peminat tegar siri adiwira Avengers

Video 1

Video 2

Video 3

Dalam dua video dimuatnaik lelaki dikenali sebagai Fikri Syafiq di Twitter, dia dirakam menyebut beberapa kali ‘Avengers Assemble’ seakan anak kecil. Apa yang lebih mencuit hati, ahli keluarganya, ‘Angah’ dilihat turut sama melayan kerenah dirinya yang sedang khayal gara-gara bius.

Ketika doktor menjalankan pemeriksaan, Fikri memanggil doktor wanita tersebut sebagai ‘Black Widow’ salah seorang watak adiwira Avengers lakonan Scarlett Johansson. ‘Black Widow’ kemudiannya meyakinkan bahawa bumi telah selamat setelah Fikri enggan tidur kerana bumi diserang makhluk asing.

Dalam tweet yang dikongsi lebih 5 ribu pengguna itu, Fikri mengatakan dia dibius dengan ketamin dan propofol, kedua-duanya ubat bius yang disuntik untuk tujuan pelalian sedar (conscious sedation).

Komen netizen

Begitu Allah Tunjukkan Pada Kita Semua Bahawa Satu Hari Kita Semua Akan Kembali Asal Di Zaman Kanak Kanak… Pertama Ketika Sakit, Kedua Ketika Usia Yang Tidak Bermaya. Jadi Yg Muda Muda Dan Yang Sihat Jgalah Ibubapa Kita Ketika Kita Msih Dpt Melihat mereka

Ya Allah.. speechless.. sumpah aku speechless, x tahu nak cakap ape dah. Melopong kot. Subhanallah. Anyway Ya Allah, .. Allahumma yusahhil kulla ummur
@fikrisyafiq92

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *