Terjawab sudah Isu peceraian. Ini kenyataan Terkini Dari Pihak Peguam Sultan Muhammad V Sendiri

Kemelut kontrovesi penceraian Sultan Muhammad V bersama Rihanna Oksana Gorbatenko menjadi teka-teki kerana didakwa telah bercerai talak tiga di Singapura tempoh hari.

Terbaru menerusi Sinar Harian, peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua telah membuat pengesahan berkenaan cerai talak tiga yang di lafazkan Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow itu.

Menurut peguam tersebut, pihaknya telah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak guaman Rihana. Dengan pengesahan ini, segala teka-teki berkenaan status Sultan Muhammad V bersama Rihana telah terjawab.

Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V.

Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.

Sumber: Sinar Harian dan ohbulan

Hanya Istana Kelantan boleh keluarkan kenyataan – MB

KOTA BHARU: Hanya Istana Kelantan boleh mengeluarkan kenyataan berhubung perceraian Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang mengulangi pendiriannya, berkata pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Saya sama seperti apa yang disebut Timbalan Menteri Besar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) semalam. Biasanya mesti melalui pejabat istana.

“Saya (dari) Pejabat Menteri Besar, lain dan saya tidak mahu komen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan Akademik Tahfiz Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan perceraian Sultan Muhammad V dengan seorang wanita Russia.

Kelmarin, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sesiapa boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad memohon kepada pihak kementerian supaya dapat mempertimbangkan untuk menaik taraf KIAS kepada kolej universiti.

“Seramai 16 pensyarah (KIAS) memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dan 60 lagi memiliki ijazah sarjana, yang sudah melebihi syarat.

“Kita ada kampus dan perpustakaan, harap pihak kementerian dapat per

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *