Kerap family aku dihina, aku ank ke 10 dr 13, rupanya ramai yg pndng jijik dkt bila kami 1 fmly pergi kenduri

Harini, terdetik lagi sekali untuk aku menulis tentang ibu dan ayah, tentang sejarah hidup keluarga, yang pernah dihina kerana MISKIN. Bukan dalam televisyen ja tau ada cerita macam tu, tapi in reality its really happened. Hehe. Aku bukan nak mengeluh atas apa yang terjadi, tetapi ingin berkongsi pengalaman dan sama-sama kita jadikan pengajaran. In shaa Allah.

Cerita ni selalu mak dan kakak-kakak aku cerita pada aku. Berlaku lebih kurang 20+ tahun yang lalu. Kira apa yang aku cerita ni, kakak-kakak dan abang-abang aku yang hadap. Aku anak ke-10 daripada 13 orang adik beradik. Kira masa aku lahir tu, keadaan family dah okay sikit, Alhamdulillah. Aku teruskan cerita aku ini ya.

Dulu orang hina keluarga aku, dengan alasan kami susah. Tambahan pula, masa tu mak aku ni, anak kecil ramai. Kakak-kakak aku, abang-abang aku kecil lagi masa tu. Pernah satu kali tu, orang first jemput mak abah aku pergi kenduri, mak aku pun pergi la.

Masa tu baru pindah ja duduk kat umah aku tu. Dulu duduk tempat lain. Takpa la, bawa la anak yang kecil-kecil ni. Dan tetiba masa tu, ada la makcik-makcik bawang ni cakap and mak aku terdengar, “Haa mai dah anak-anak Limah (bukan nama sebenar), sat habis lauk kat diorang jala. Dah tau susah, beranak banyak.”

Ya Allah, aku kalau dah lahir masa tu, aku pergi ja penampar sorang-sorang. Aishh, emo pulak. Hahaa. Anak-anak tu rezeki, kenapa nak persoalkan sesuatu yang bukan kuasa kita. Ada orang yang tak boleh mengandung beria sana sini, ikhtiar nak dapat anak. Allahhu. Lepas kejadian tu, Mak terus tak pergi kenduri jiran-jiran. Bukan tak sudi, tapi sebab kesiankan anak-anak dicop menumpang dan meraih simpati.

Ibu mana yang sanggup bila orang hina macam tu. Kecuali ada jiran seorang pakcik ni yang tolong keluarga aku dulu. Kalau kenduri rumah dia, baru Mak aku pergi. Sebab dia pesan, “Takpa, bawak semua anak. Takyah nak malu kat orang lain. Bukan kenduri rumah diaorang.”

Yess, sampai sekarang Mak abah still pesan, jangan lupa budi Pakcik tu, kita dulu boleh makan ikan sebab dia yang hulur, boleh makan ayam, sebab dia yang hulur. Allahhu. Semoga kamu dilimpahkan rezeki wahai pakcik. Aamiin.

Tu satu situasi. Yang kedua, kalau hari raya, saudara mara akan singgah beraya kan. Tapi bila diaorang beraya rumah aku, apa yang Mak dan Abah hidang, diorang takkan makan atau minum. Mungkin diorang rasa jijik kot air orang miskin bancuh. Just datang melawat, jenguk-jenguk lepas tu balik.

Datang melawat pun sebab rumah nenek aku depan rumah aku. Tu pun just singgah ja. Hina sangat ka orang miskin ni ? Allahhu. Kakak-kakak aku, abang-abang aku masa tu aku rasa diaorang la penguat mak dan abah. Abah aku kerja penoreh ja, takda la hebat. Tapi tu laa, bila tak berharta, orang takkan pandang kita. Kan ?

Atas apa yang mereka dah buat dekat keluarga aku, mak aku sentiasa pesan dekat kami adik-beradik, “Biar kita miskin, biar kita susah, asal kita ada maruah. Kalau orang tak suka kita, jangan paksa. Biar dia macam tu. Kita ubah diri kita, kita ubah hidup kita, and bila kita berjaya, bila kita senang, tengok la, diorang akan mula rapat dengan kita. Masa tu kita akan tahu, siapa yang betul-betul ikhlas dengan kita.”

Mak abah aku tak berdendam pun, sekarang Alhamdulillah semua dah okay. Tapi Mak Abah just cerita untuk kami jadikan pengajaran, dan jangan sesekali bongkak dengan orang lain bila senang. Sebab asal usul kita adalah seorang yang sangat susah.

Sampai sekarang, kakak-kakak, abang-abang aku akan pesan, “Berjaya macam mana sekalipun, tolong ingat Mak dan Abah. Kita takkan berjaya kalau diaorang berputus asa dulu. Tapi sebab nak kita ada masa depan yang baik, nak kita tak dihina macam diaorang, diaorang berkorban mental fizikal untuk kita.” In shaa Allah, yang tu yang kami adik -beradik pegang sampai sekarang.

Yaa, kadang aku setuju juga dengan kata-kata, “biar takda harta tapi hidup bahagia, penuh kasih sayang, dan ikatan keluarga yang sangat akrab”. Kann ? Dulu, sepinggan nasi, letak kicap sikit, makan dengan telur goreng, beratuq kami ni abah suap.

Bila tanya abah tak makan ka, abah kata kenyang. Nanti tengah-tengah malam, korek kerak nasi makan dengan mak. Macam dalam tv kan, tapi yaa, itu yang keluarga alami. Alahaii, abah, abah.

Bukan tak boleh makan mewah, tapi sebab fikir persekolahan anak-anak. Sebab abah tak mahu miskin tu jadi faktor untuk tak belajar. Sebab tu makan apa ada, selagi halal dan anak-anak cukup makan. Cuma tak mewah la. Hehee. Tapi takpa, nasik lauk kicap tu la hadap kat universiti sekarang. Kalau abah tak ajar makan dulu, taktau la. Hahaa. Terima kasih abah.

Apa yang aku dapat simpulkan, kita takkan pernah tahu masa depan kita macam mana. Sangat-sangat perlu untuk buang sikap suka rendahkan orang lain. Cuba bantu each other, kan bagus kalau sama-sama berjaya, sama-sama senang. Buang jauh-jauh sifat hasad dan sombong tu ! Takkan ke mana sikap sombong tu kerana hidup itu umpama roda. Takkan selamanya kita akan berada di atas.

Sekian sahaja dari aku. Semoga apa yang dicoretkan, menjadi pengajaran dalam hidup. Aku tak pernah nak meraih simpati, tetapi sekadar berkongsi pengalaman hidup yang Dia pinjamkan ini. Jangan salah faham tauu.

Moga kalian sentiasa dicampakkan akhlak yang baik dalam hidup kalian. In shaa Allah, Aamiin allahumma amiin.

Bertemu di syurga yaa,

– Anak Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *