Lelaki ceroboh bilik rawatan, rakam doktor tertidur keletihan

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

SEORANG lelaki bertindak biadap apabila menceroboh wad kecemasan dan merakam video seorang doktor wanita yang tertidur di atas katil pesakit.

Difahamkan, doktor muda itu tertidur akibat keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa merawat pesakit di wad kecemasan itu tanpa rehat yang cukup.

Bagaimanapun, lelaki itu tetap memarahi doktor wanita terbabit dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Video tersebut telah tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang daripada netizen.

Netizen berpendapat lelaki itu tidak sepatutnya menceroboh ke larangan sesuka hati dan menyebarkan video tersebut tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Tugas sebagai seorang doktor bukanlah macam pekerja pejabat, mereka kena buat persediaan fizikal dan mental kerana waktu kerja mereka boleh menjangkau 24 jam.

Jadi, tak mustahil lah kalau mereka gunakan masa terluang walaupun sebentar untuk tidur, tapi masih ada orang yang jatuh hukum kata doktor makan gaji buta macam pemuda ni.

Disebabkan tohmahan itu viral, doktor Rusyainie Ramli tampil viralkan pemuda ini agar dikenakan tindakan undang-undang dengan beberapa info sebagai eviden membuktikan dia layak ditangkap polis.

1. Mengambil video di dalam premis hospital dan klinik di bawah KKM adalah salah.

Dah sampai masanya KKM bertindak melalui saluran undang-undang ke atas rakyat yang begini. Penasihat undang-undang KKM, tolonglah, sila pandang kes begini sebagai salah satu kerja, supaya ia tak berulang lagi. Rakyat yang tak reti bahasa ni, kalau tak dikenakan tindakan, memang tak akan insaf.

2. Menceroboh ke kawasan larangan. Dia main terjah ikut suka dia ke bahagian dalam Jabatan Kecemasan! Mana boleh!!!

Ni macam kita pergi rumah dia, tolak pintu lepas tu masuk saja. Buat macam rumah sendiri, siap masuk bilik tidur. Selambanya! Kalau barang perubatan hilang, kita boleh caj dia ni. Tuduh dia yang mencuri dan mengambil barang tu. Dah dia ada kat situ dengan kawan kan.

3. Mana dia tahu, doktor tu dah habis shif dia.

Dia tidur sekejap sebelum dia balik rumah. Dia mengantuk sangat, lepas bekerja dalam jadual yang sangat panjang, jadi dia terpaksa melelapkan mata sekejap. Kang memandu dalam keadaan mengantuk, melayang nyawa dia. Bukan tak pernah doktor kemalangan sehingga meninggal dunia kerana terlalu letih.

4. Nampak macam dia ada sentuh doktor tu. Kalau betul, saya minta doktor tu buat laporan polis sebab dia diganggu secara fizikal

Biar padan muka mamat ni. Dia ingat dia siapa. Doktor-doktor biasa ok bekerja lebih 24 jam. Tu normal. Bayangkan penatnya macam mana. Saya pernah dalam bilik bersalin, masuk kerja jam 7 pagi, besoknya jam 6 petang baru boleh balik.

Kira sendiri berapa jam kami ni bekerja. Antara masa tu, pesakit bersalin keluar masuk tak henti. Jururawat yang ada bagi saya tidur sebentar sementara nak reviu pesakit ikut masa yang ditetapkan sebelum bersalin. Lelap mata pun macam tak, sebab pesakit dok saling menjerit, menangis, meraung bagai nak bersalin.

Dalam pada itu Rusyainie juga ada menjelaskan segala prosedur-prosedur yang doktor lakukan dalam kerja mereka.

Malah, doktor tu takkan sewenang-wenangnya tidur sesuka hati, pasti kena lalui beebrapa langkah, dan pada masa itu mungkin akan tidur.

Tambahnya lagi, tak dinafikan apa yang dilakukan oleh doktor dalam gambar itu salah, tapi perbuatan lelaki tersebut lebih melampau kerana menceroboh tempat larangan yang khusus untuk kakitangan sahaja.

betul, ini tak pergi buat salah untuk cari salah orang lain, kan dah makan diri. Difahamkan posting tersebut telah dipadamkan.

Sumber dari Chempedak Chesse

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *