“Cikgu, boleh tak cikgu beli tikar lain untuk anak-anak saya tidur..”- Cikgu terkejut di minta tukar tikar baru dirumah

Saat anak kita kepanasan merungut susah nak tidur sebab tiada aircond, ada keluarga diluar sana anak-anak mereka hanya tidur atas tikar usang sahaja.

“Cikgu. Boleh tak cikgu beli tikar lain untuk anak-anak saya tidur? Saya kesian lihat mereka tidur atas satu-satunya tikar yang kami ada.

Dah bertahun tikar itu. Dah bertahun begitu. Kalau ada tikar baru sebagai alas mereka tidur alangkah bersyukurnya saya.”

Dia tak minta banyak. Dia tidak minta yang besar-besar. Hanya sekeping tikar baru yang harga kurang dari RM50 untuk alas anak-anak tidur.

Itu sahaja.

Sebak aku lihat gambar anak-anak ini tidur di atas simen yang berlubang-lubang bila tikar dijemur dan dibersihkan.

Terus aku order tilam kekabu empat bidang untuk keluarga ini. Selain bantuan tilam, sedikit bantuan lain juga aku kirim.

Jika pernah kita mengeluh susah, lihatlah mereka yanh dibawah untuk mengajar kita erti bersyukur.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. #DanaKITA. #MFS

Sumber fb mohd fadli salleh

Komen netizen

Alhamdulillah, tahniah cikgu.. Tp minta cikgu pesan juga, jaga kebersihan… Biar Miskin mcm mana pun jaga kebersihan. Malaikat pun suka masuk 🌹

Semoga ALLAH permudahkan rezeki dan segala urusan keluarga ini. Alhamdulilah cikgu. Terima kasih sangat. Hanya yang merasai saja tahu sakitnya pinggang tidur beralas tikar. Sejuk hingga ke tulang bila hujan.. Sungguh masih ada yang sayang. Terima kasih cikgu!

Ya allah sjuknya tdo ats lntai simen..xelok sbnrnya tp nk bt mcmna kn,nsib xmnyebelahi mrka..jd kte kna brsyukur dgn khdpn kte n sntiasa ingt org yg xbrnsib bk..ape2 pn smga kluarga ni sntiasa dmurahkn rzki n dpermudahkn sgla urusan..

Sebak tengok. Alhamdulillah, syukur ada cikgu dan team. Ramai yang boleh hulurkan bantuan, tapi tak ramai yang boleh turun padang menyampaikan bantuan. Kami syukur ada cikgu. Alhamdulillah

Allahuabar. Saat baca post ni sy br shj on kn aircond utk anak yg tersedar sbb kepanasan. Tak dapat bayangkan anak2 ini mcm mana jika kepanasan. 😔😔. Semoga Allah lindungi mereka dan semoga rezeki mereka diluaskan lagi dengan bantuan kita semua. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *