Selalu mimpi suami menyulam kasih. Bila bangun hati berdebar, org kata itu instinct isteri dan sy cuba menidaknya. Sampailah sy buka telephone suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.

Kiranya luahan ini sesuai, saya mohon admin post kan, sebab saya tiada tempat mengadu. Nak cerita dengan kawan, saya tiada kepercayaan, Nak cerita dengan Family, itu mustahil bagi saya sebab saya taknak mereka resah dan terluka dengan apa yang saya alami. Jadi mungkin di sini medium paling tepat untuk saya.

Saya Aisyah (bukan nama sebenar), sudah pun berkahwin hampir 6 tahun namun masih belum lagi dikurniakan zuriat. Namun itu tak menjadi masalah besar buat saya dan suami. Saya sayangkan suami saya seikhlas hati, dan saya tahu dia juga begitu.

Suami saya seorang yang soft spoken dan rajin bekerja. Saya dilayan bagaikan seorang permaisuri.. Segala apa yang saya nak, pasti akan diusahakan oleh suami. Suami saya perfect dalam segala segi, kecuali satu.. iaitu hati. dan itu yang mahu saya kisahkan pada hari ini..

Pada awal perkahwinan kami semuanya indah. Hati saya berbunga-bunga bila suami ada di sisi, walaupun dah 2 tahun berkahwin pada masa itu. Bagi saya, suami saya terlalu sempurna. Saya fikir hanya saya lah bidadari di hati suami.

Namun saya sering bermimpi. Saya mimpi yang suami menyulam kasih dengan wanita lain di belakang saya. Bila bangun tidur, hati saya berdebar-debar. Orang kata itu instinct seorang isteri dan saya cuba untuk menidakkannya, sebab saya kenal suami saya. Saya ingin percaya pada suami saya.

Sehingga lah pada satu hari saya terbuka telefon bimbit suami dan lihat mesej suami dengan wanita lain. Mesej berbaur kasih dan cinta . Hancur hati saya pada ketika itu cuma tuhan saja yang tahu. Lemah dan menggigil. Saya rasa terlalu lemah, saya rasa nak lari dari situ namun saya hanya mampu menangis di hadapan suami.

Pertama kali saya menangis seteruk itu sepanjang perkahwinan kami. Saya terpaksa ambil emergey leave sebab tak mampu untuk kerja pada hari tersebut. Suami juga ambil cuti. Suami peluk saya, mohon maaf dan pujuk saya.

Namun saat itu, pelukan dari suami saya rasakan terlalu palsu. Suami beritahu bahawa dia mesej wanita tersebut sekadar suka-suka dan tidak serius.Yang peliknya wanita bujang itu tahu status suami saya yang sudah berkahwin.

Apa yang saya buat? saya maafkan suami dan wanita tersebut walaupun telah melukakan hati saya.

Mungkin ada yang kata saya bodoh sebab mudah memaafkan, namun saya sedar yang manusia sentiasa membuat kesilapan. Suami saya bukan lah malaikat yang tidak membuat dosa. Dan saya juga bukanlah seorang pendendam yang membenarkan perasaan benci hadir dalam diri. Jadi saya beri suami peluang.

Namun beberapa bulan kemudian, mimpi seperti itu bertandang lagi dan lagi. Saya resah. Saya buka telefon bimbit suami dan saya terjumpa sesuatu. Ya, mesej suami dan wanita lain. sekali lagi hati saya dilukai. Kali ini saya tak menangis, tapi hati saya hancur.

Dalam mesej tersebut wanita itu juga tahu yang suami saya dah berkahwin tapi masih juga mahu ber sayang-sayang. Saya tak salahkan wanita itu sebab it takes two to tango kan? Saya beritahu suami dan suami diam membisu. Satu hari dia begitu. Cuma dia menangis bila saya minta dilepaskan.

Suami jadi lemah selemahnya.. Dia kata tak pernah terlintas pun di hati dia untuk berpisah.. dan sekali lagi saya maafkan suami saya.Di dalam hati juga, saya maafkan wanita itu dan berdoa semoga dia mendapat jodoh yang terbaik untuk dirinya. Bodoh ke saya kerana senang memaafkan?

Dan tahun ini.. sekali lagi saya dilukai. Kali ini suami berkasih sayang dengan rakan satu tempat kerja. Macam mana saya tahu? Instinct seorang isteri. dan suami mengakui bahawa dia sayangkan dua-dua. Dia sayangkan saya, dan dia juga sayangkan wanita itu.

Seperti biasa, wanita itu tahu akan status suami sebagai isteri orang. Suami kata dia tersepit. Saya bersabar dan mohon dia bercerita pada saya. Dia berkata pada asalnya dia cuma mahu rapat sebagai rakan sekerja, tidak lebih dari itu. Tapi lama kelamaan perasaan sayang hadir antara keduanya.

Saya mohon dia pilih wanita tersebut kerana bagi saya, seandainya dia betul sayangkan saya dia tak kan buka hati dan perasaan sayang dia untuk wanita lain. Dan seperti biasa, bila saya mohon dilepaskan, dia menangis dan jadi lemah selemah lemahnya.

Namun, jauh di sudut hati saya, saya mahu berjuang untuk mahligai rumah tangga kami. Mohon jangan berkata yang buruk tentang suami saya sebab suami saya sangat baik, cuma dia lemah pada hatinya sahaja..

Esoknya suami peluk saya dan mohon maaf. Dia mohon maaf sebab lemah pada hati sendiri. Dia cakap walau dia ada banyak pilihan pun, dia tetap akan pilih saya. Dia mohon berikan dia masa untuk perbaiki segalanya. Dia mohon masa untuk pulihkan keadaan diri dia dan dia mohon kekuatan dari saya. Katanya nak saya kuat sebab sayalah sumber kekuatan dia. Kalau saya lemah, dia pun lemah juga.

Saya ade mesej wanita tersebut untuk bertanyakan sesuatu, niat saya baik, cuma mahu berbincang secara baik. namun hanya bluetick sahaja yang diberi. Tak mengapalah.. silap saya juga sebab saya tiada hak ke atas wanita tersebut. Saya cuma berhak ke atas suami saya, bukan wanita tersebut.

Saya termenung, merintih dan menangis dalam solat-solat saya. Saya mohon doa semoga Allah kuatkan hati saya dan hati suami saya, sebab hati manusia Allah yang pegang kan.. Saya serahkan semuanya kepada Allah swt.. Saya sayangkan suami saya dan saya harap saya boleh bantu dia.

Saya tidak akan mengalah selagi masih belum berjuang. Mohon sahabat semua berikan pendapat dan nasihat yang membina kepada saya supaya hati yang hancur ini mampu untuk terus bangkit dan kuat. Sekian, – Aisyah (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *