‘Dia Panggil Saya Perempuan Sundal’ – Cashier Kedai Serbaneka Buka Mulut Kenapa Mengamuk Depan Pelanggan

Sebelum ini, viral seorang mak cik mengamuk di sebuah restoran apabila dituduh tidak dilayan oleh pekerja di restoran tersebut. Namun, kali ini berbeza pula ceritanya apabila seorang pekerja di kedai serbaneka Ninso ‘naik hantu’ sehingga bertindak membaling barang terhadap seorang pelanggannya baru-baru ini.

Alamak.. Apa sebenarnya yang jadi ni?

Menerusi video yang kini viral di laman sosial media Twitter dan Facebook, cashier itu dilihat berang terhadap pelanggan tersebut sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan kemudiannya bertindak membaling board ke arah wanita berkenaan selepas perbuatannya dirakam.

Video berdurasi 1:00 minit itu mendapat perhatian rata-rata netizen dengan sebahagiannya menyokong malah ada juga yang mengecam tindakan tersebut.

Tidak lama selepas diviralkan, cashier terbabit tampil menjelaskan perkara sebenar tentang apa yang berlaku.

Saya minta maaf, mengaku kurang ajar

Cashier itu menerusi tulisan di laman Twitternya tampil memohon maaf dan mengaku bersikap agak kurang ajar dengan tindakan tersebut.

Dia kemudiannya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada ketika itu selepas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Nak serve customer lain dulu, lagipun dia tak beratur

Bengang tiba-tiba kena rakam, maki pun sebab dipanggil perempuan sundal

Customer tersebut main tarik tali, putar belit cerita

Kes selesai

Wanita yang juga pelanggan tersebut dalam satu tulisan di laman Facebook berkata, perkara itu sudah diselesaikan dengan satu perjumpaan telah diadakan di antara kedua-dua belah pihak.

Katanya, satu persetujuan telah dicapai dan mereka telah sepakat untuk menutup kes ini secara damai.

Baguslah kalau macam tu.. Harap lepas ni masing-masing saling bertimbang-rasa lah ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *