Nora Anne Quoirin: Beberapa Pertanyaan Misteri Selepas Penemuan M4yat Nora Masih Belum Terjawab

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Macam yang kita semua dah tahu, semalam petang seorang pendaki sukarelawan telah menemui m4yat Nora Quoirin di kawasan air terjun Gunung Berembun.

Namun menurut Mirror, selepas penemuan m4yat Nora, ada beberapa soalan yang menyelubungi misteri kehilangan Nora ini.

Pasukan SAR terlepas pandang?

Kalau korang nak tahu, tempat m4yat Nora ditemui semalam ini sebenarnya pasukan SAR dah pun cari di sana sebelum ini. Jadi ia menimbulkan pertanyaan, adakah pasukan SAR terlepas pandang atau ada penglibatan unsur jen4yah dan may4tnya dibuang di sana kemudian?
Macam mana boleh sampai air terjun dalam keadaan macam tu?

Macam yang korang tahu juga, Nora mengalami masalah lembam iaitu holoprosencephaly yang membuatkan dia susah untuk berjalan, mengimbangkan badan mahu pun menjaga dirinya sendiri, namun dia ditemui di kawasan yang memerlukan dia untuk melalui trek yang berbukit dan sukar didaki.

Mana pakaian dalam Nora?

Bukan itu saja, difahamkan, semasa Nora dilaporkan hilang, ibu bapanya mengatakan Nora mungkin hanya berpakaian dalam, tapi menurut pihak polis, m4yat Nora ditemui dalam keadaan tel4nj4ng bulat.

Nora cedera ke?

Setakat ini juga, pihak polis tak memberikan komen jika ada apa-apa kecederaan luar yang dapat dilihat semasa m4yat remaja ini ditemui.

Dah tentunya pelbagai soalan masih menghantui ibu bapa Nora Quoirin dan harapnya persoalan ini segera terjawab selepas keputusan bedah siasat keluar nanti.

Sekarang ni kita serahkan je kes ini pada pihak polis untuk jalankan siasatan lanjut. Sumber lobak merah

Artikel berkaitan:Keterujaan Nora Anne lawat air terjun jadi petunjuk penemuannya

KUALA LUMPUR: Keinginan Nora Anne Quoirin untuk melawat sebuah air terjun memberi petunjuk kepada pasukan pencari untuk mencari gadis berkenaan di kawasan berkenaan, walaupun pencarian kawasan itu sudah dilaksanakan sebelum ini.

Seorang sukarelawan Shirley Yap dari Kelab Mendaki Seremban memberitahu portal Daily Mail Online bahawa dia terdengar tentang keinginan gadis itu untuk melawat air terjun lantas membuatkan pasukannya bertekad untuk melakukan pencariannya di kawasan berkenaan.

“Kami dengar bahawa dia (Nora) sangat teruja untuk melihat air terjun apabila dia sampai ke resort,” jelas Shirley kepada portal tersebut.

“Kami mencarinya di kawasan itu dan menuruti aliran sungai.”

Laporan awal menyatakan bahawa m4yat Nora Anne ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang Selasa. Astro awani

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *