“Saya Tak Berani Tenung Myat Tu,” Sukarelawan Kongsi detik detik Ketika Jumpa Myat Nora Anne.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Kehilangan Nora Anne Quoirin sejak 4 Ogos lalu ketika bercuti bersama keluarganya di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan akhirnya terjawab apabila myat gadis malang itu ditemui semalam.

Penemuan mangsa kira-kira 2.5 kilometer daripada resort tersebut yang dijumpai oleh sepasukan pendaki sukarelawan yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut petikan daripada Bernama, seorang pendaki sukarelawan yang menyertai operasi SAR Nora Anne Quoirin, 15, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa kumpulannya yang akan menemukan myat remaja Ireland itu selepas 10 hari operasi SAR dijalankan.

Kenny Chan Kai Sian, 43, berkata sebelum penemuan myat itu, beliau bersama kumpulannya melakukan pencarian mengikut laluan sungai dan mereka berpecah kepada dua kumpulan.

“Kami berpecah kepada dua kumpulan, satu di sebelah kiri dan satu ke kanan untuk meluaskan kawasan pencarian.

“Kumpulan saya yang mengikut laluan kiri tiba-tiba ternampak sekujur tubuh kira-kira 20 meter di hadapan kami, seorang ahli kumpulan yang nampak myat itu berteriak kepada kami agar tidak menghampiri mayat itu kerana khuatir akan mengganggu elemen bukti yang diperlukan polis,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Chan berkata ketika kumpulannya menemukan myat itu, dia hanya bersangka baik dan tidak terlintas di fikirannya myat berkenaan adalah Nora Anne.

Menceritakan fizikal myat itu, Chan berkata beliau hanya melihatnya sekali imbas dan nampak myat dalam keadaan terlentang dan sedikit mengiring.

Saya tidak berani tenung myat itu dan hanya melihat dari jauh. Tanpa berfikir panjang, saya terus menghubungi polis,” katanya. Bagaimanapun, Chan berkata pihaknya tidak pasti jika sebelum itu terdapat pihak lain yang menemukan myat itu.Kumpulan pendaki itu menyertai anggota SAR sejak Ahad lepas.

Semalam, myat Nora Anne ditemukan pada pukul 1.57 tengah hari setelah 10 hari dia keluar dari resort penginapannya di Pantai, Seremban pada 4 Ogos.

Nora Anne, disedari hilang dari bilik penginapannya oleh keluarganya pada 8 pagi. Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba di Malaysia bersama keluarga pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini. Sumber: Bernama

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *