Bila Ibu Mertua Sendiri Yang Buat Kejutan Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Menantu

Bila sebut tentang keluarga mertua, ada segelintir pasangan yang tidak mempunyai hubungan yang begitu baik dan ada yang takut sehinggakan jarang jumpa. Siapa kata keluarga mertua tidak sayang akan menantunya sendiri? Keluarga mertua pasti menyayangi menantunya kerana telah menjadi sebahagian dari keluarganya.

Sebaik sahaja mendirikan rumah tangga, kehidupan seseorang itu akan berubah kerana sudah mempunyai dua keluarga pula. Walaupun rata-rata masyarakat kita pada masa kini dimomokkan dengan kisah mentua yang bersikap dingin terhadap menantu masing-masing, namun realitinya perkara itu bergantung pada penerimaan setiap individu. Hal ini kerana masih wujud sahaja golongan mentua yang bersikap sebaliknya seperti yang ditonjolkan dalam video yang sedang tular di laman Twitter baru-baru ini.

Menerusi pengguna Twitter Nasriq, kongsi satu video di mana ibunya membuat kejutan kepada kakak iparnya sempena ulang tahun perkahwinan bersama abangnya. Kesungguhan ibunya membuat kejutan mendapat pujian netizen selain kasih sayang antara mertua dan menantu dapat dilihat.

Kejutan buat menantu

Video:

Menurutnya, mempunyai hubungan yang baik bersama keluarga mertua merupakan salah satu keindahan dalam perkahwinan. Ianya boleh dikatakan sebagai penyatuan antara dua keluarga.

Sejak dimuatnaik ke laman sosial itu pada malam tadi, video yang sangat menyentuh hati tersebut telah menjadi tular dengan mencapai lebih daripada 150 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Rata-rata netizen meluahkan betapa untungnya kakak ipar Nasriq kerana dikurniakan seorang ibu mentua yang sangat penyayang, kerana itu adalah impian semua orang sesudah berkahwin nanti. Pemuda ini turut mendoakan agar semua orang di luar sana diberikan kesempatan untuk merasai β€˜rezeki’ seperti ini juga.

Dalam video tersebut menunjukkan ibunya membuat kejutan sebelum kakak iparnya memasuki rumah sambil memegang sebuku kek sempena hari ulang tahun perkahwinan. Reaksi ibunya sambil memberi kata ucapan mendapat pujian netizen.

Terharu tengok ni

Comelnya your mom

Hehe sweet makcik..tgok pun tau jenis family happening..moga kita semua bahagia bersama kluarga kita mcm ni jgk..❀️

Alhamdulillah dpt mertua baik … teringat masa amik lesen Keta dulu ..balik dr test jpj,tengok arwah mil dah siap buat pulut kuning bagai…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ cuma terpikir,Klu la masa tu ujian xlulus..mesti malu…🀣🀣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *