Sah, Zul Ariffin Umum Nikah Wanita Non-Muslim, Persiapan Lebih 70 Peratus

Pelakon Zul Ariffin mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang masih dirahsiakan tahun hadapan.

Sudah melalui pelbagai perkara dalam kehidupannya, aktor bertubuh saaa ini juga kini lebih senang untuk bercinta selepas bernikah selepas ini.

“Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin, itu sahaja.

“Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan.

“Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.

“Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai persiapan kahwinnya pula, Zul mengakui semuanya sudah pun dilakukanz

“Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan.,” katanya.

Enggan mendedahkan identiti individu bertuah itu, Zul hanya memberitahu yang bakal isterinya merupakan seorang wanita bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.

“Saya tak nak menukar agama seseorang itu hanya kerana ingin bersama semata-mata atau hanya disebabkan perkahwinan, itu adalah perkara yang tidak baik. Biarlah dia mengambil masa untuk mengenali agama Islam,” katanya lagi.

Zul ditemui di majlis tayangan perdana filem Sangkar di e@Curve, Damansara malam tadi.

Dalam pada itu, Zul berharap agar filem ini dapat sambutan yang menggalakkan.

“Rasa berdebar menanti sambutan peminat itu ada kerana sebelum ini filem yang saya bintangi sering mendapat respon positif.

“Saya berharap lakonan yang saya persembahkan dalam Sangkar dapat mempengaruhi orang ramai untuk bertandang ke pawagam,” katanya lagi.

Filem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Ray Era, Fadlan Hazim, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Sangkar bakal muncul di pawagam pada 29 Ogos ini di seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *