Aku nekad minta dilepaskan. Ku tunjuk semua bukti suami merayu2 minta jangan dihebahkan

Foto sekadar hiasan.

Salam to Warga IIUMC. Rindu IIUM, dah lama tak jejak kaki ke sana. Aku adalah bekas pelajar perundangan di IIUM. Selepas tamat belajar aku terus dinikahkan.

Dalam keluarga aku, tidak boleh anak gadis bujang lebih umur 25 tahun. Walid dan ummi aku terus carikan pasangan dan majlis pun berlangsung. Ikutkan memang aku taknak menerima perkahwinan ini. Cita-cita aku tinggi, teringin nak kerja ada duit sendiri. Tapi dah memang suratan takdir aku dinikahkan oleh waliku sendiri.

Sepanjang perkahwinan 3 tahun, sebenarnya aku tidak bahagia. Aku mengalami masalah komunikasi dan jarang berbual dengan suami. Suami seorang technician di JPA. Tugasnya selalu outstation. Kalau balik pun lebih melayan tv dan handphone. Kadang aku teringin nak berbual meluahkan masalah aku. Tapi selalu dia mengelak. Yang dia tau nafkah batin wajib walaupun nafkah zahir selalu culas. Alasannya kami tinggal dirumah mentua.

Apabila anak seorang, aku usulkan untuk tinggal diluar. Mentua mulalah mengamvk dan mengatakan aku menantu yang tak tahu untung. Dah la tak kerja, mengharap suami 24 jam bagi duit. Suami mengatakan tanggungjawab dia masih lagi kepada emaknya. Dia takkan tinggalkan emak dan menyuruh aku keluar sendiri kalau itu yang aku inginkan. Bila aku luah kepada keluarga aku, semua memarahi aku sebab mengatakan aku isteri nusyvz drhaka.

Suami aku dengan abang aku memang kuat tabligh. Selalu suami aku mengadu yang aku tak pandai menjaganya. Aku tahu aku bukan isteri perfect. Tapi aku telah cuba yang terbaik menjadi seorang isteri, menantu dan ibu. Bukan mudah apabila tinggal bersama mentua. Serba tak kena dibuatnya. Anak menangis minta susu ibu mentua sudah marah mengatakan aku malas nak jaga anak. Telinga aku sendiri dah tak tahan dengan makiian, sebab itu aku usulkan untuk tinggal berasingan.

First sekali yang aku buat, aku cari pekerjaan. Alhamdulillah aku dapat pekerjaan walaupun gaji bukan taraf degree. Aku bersyukur kerana ada juga company yang sudi menerima aku. Aku bagitahu company tu tarikh sebulan untuk aku lapor diri. Selepas aku dapat kerja, aku cari rumah sewa, dan juga dipermudahkan kerana owner rumah itu amat baik dan tinggal berdekatan dengan rumah sewa aku. Dan owner tu jugak ada menawarkan khidmat menjaga kanak-kanak. Alhamdulillah! Allah tolong aku.

Niat aku memang akan meminta cerrai bukan sebab tak rela dimadukan. Tapi aku ada bukti yang memang aku kumpul sejak 3 tahun lepas iaitu penderraan mental dan fzikal, mesej2 mak1 hamun dan berbaur ugvt. Dan juga nafkah zahir yang memang hak aku tapi tak pernah dapat. Berkat aku belajar perundangan, aku mudah untuk plan segalanya. Lagipun buat apa lagi aku tinggal dengan keluarga yang memang serba tak betul dimata dorang.

Dia mulanya terkejut dan mengatakan tidak akan mencerraikan aku. Apabila aku tunjuk semua bukti, dia seperti orang bodoh dan merayu jangan diberitahu semua orang mengenai perangainya. Wahai suami, lupakah engkau yang aku adalah lepasan law? Mungkin dia tengok aku ni tiada harga sebab aku hanya suri rumah. Haha.

Alhamdulillah Allah permudahkan pejalanan hidup aku dan akhirnya official sebagai janda muda. Aku tak kesah apa pandangan orang dan yang penting aku lalui dengan kekuatan aku dan tidak meminta simpati apabila ex suami ingin menduakan aku. Sebab itu pentingnya pelajaran, apabila kita susah, pelajaranlah yang membuka pintu dan jalan untuk kita terus hidup dan juga menjadi asbab aku boleh survive seperti sekarang.

Sekarang hidup aku cukup tenang. Walaupun keluarga aku sampai sekarang tidak boleh menerima hakikat dan memarahi aku. Aku tahu satu hari nanti mereka akan menerima dengan hati terbuka. Ini hidup yang aku pilih, aku berhak untuk bahagia.

Bekas suami sudah selamat bernikah dengan gadis itu. Khabarnya rumahtangga berantakkan kerana gadis itu seorang yang lantang bercakap dan tidak mudah tunduk. Bagi aku barulah bertemu buku dengan ruas. Apatalagi isterinya itu lepasan master dan bekas suamiku hanya sijil vokasional.

Kepada wanita diluar sana, kuatkanlah hati anda apabila diuji. Jangan jadi pengemis apabila orang melihat kita seperti sampah. Jaga harga dirimu dan bangkitlah demi kebahagiaan anda. Jangan hanya fikir nak bertahan demi anak tapi badanmu menjadi punching bag kepada lelaki yang zalim. Aku bukan wanita yang perfect, tapi aku akan mencari jalan untuk bahagia dalam kehidupan.

– Mastura (Bukan nama sebenar) via iiumc

Luahan Mastura ternyata mendapat perhatian ramai pembaca. Jom lihat apa kata mereka.

Masyitah Al-Qadri – Mastura, tahniah weh. Tak semua perempuan berani dan cerdik mcm kau. Ada yg sanggup bertahan bertahun dgn air mata. Sampaikan dah boleh berkayak dlm rumah tu sb banyak sangat menangis.

Buat ape org muda cm kau muka cantik ala2 megan fox tp sebab terlalu byk menangis kat laki tagune camni tup2 muka berubah jadi niang rapik. Sia2 je peng0rbanan mcmtu.

Kau nye planning mmg baikk punye . Takde ikut emosi. Perempuan2 cmnilah banyak laki gerun walaupun dia hanyalah suri rumah. Tak sia2 mak pak kau hantar kau belajar law.

Skrg ni, enjoy balik life kau dan kecapi balik cita2 kau yg tertunda tu. Jgn risau. Team single banyak kt luar sana yg boleh support utk naikkan balik aura dan zaman keremajaan kau.

Rizal Rozuan – Tahniah puan kerana bijak dan berani bertindak, psl tu Allah beri pertolongan. Dan puan dapat fasakh so memang suami tu salah. Cuma lepas ni upgrade diri ya, cantikkan diri dan bersenam, beli basikal chopper tu lepas tu lalu lalang depan rumah ex puan kring2 skit, bila diorang keluar tunjuk (y) kat diorang.

Dan bila ex puan tgk puan lagi best dari dulu dan nak kembali kat puan, puan balas suruh dia kembali ke rahmatullah saja ok.

Amelia Zainuddin – Alhamdulillah..saya kurang setuju sebenarnya kahwin di atur keluarga lagi2 anak2 perempuan tu berpelajaran dan masih muda. Elok pada mata mak ayah belum tentu terbaik utk anak2 sebab yg akan hadap perangai lelaki tu anak2.

Yg tidur sebantal pun anak. Bukan mak bapak yg memaksa tadi. Bagi peluang anak perempuan anda bina kerjaya dan hidup sebelum berumah tangga. Dan jika ada anak lelaki didik dia utk jadi suami bertanggungjawab.

P/S : Rata ratanya bersetuju dengan tindakan yang diambil Mastura. Apa pula kata anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *