“Tuanku Nak Jemput Ke Istana” – Tomok Tak Sangka V1de0 Ucapan Anak Dapat Perhatian Agong

BERMULA sekadar suka-suka, penyanyi Tomok tidak menyangka video nyanyian dua anaknya iaitu Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5, sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapat perhatian istana.

Menurut Tomok, dia sekeluarga rasa bertuah apabila gelagat kedua-dua anaknya itu menerima pujian daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Segalanya bermula apabila Tunku Azizah membalas twit daripada seorang pengguna Twi1tter dan bertanya asal usul dua kanak-kanak lelaki yang memberikan ucapan kepada Seri Paduka Baginda.

Malah Tunku Azizah turut berbalas twit dengan memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan untuk menjemput kedua-dua mereka ke istana.Perbualan Tunku Azizah di Twi1tter dikongsikan Tomok di Inst4gram.

“Tentunya kami sangat gembira jika mendapat jemputan daripada pihak istana.

“Bukan apa, ini untuk pengalaman anak-anak. Siapa tak mahu bergambar dengan Agong, sekurang-kurangnya dapat juga peluang untuk kami masuk ke istana.

“Kalau betul ia jemputan daripada Permaisuri Agong, saya rasa amat bertuah. Siapa tak nak kalau dapat peluang berjumpa Agong..peluang begini sekali seumur hidup dan bukan semua orang boleh dapat peluang begini,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Antara posting yang dimuat naik Tomok di laman Inst4gram miliknya.

Video:

Bercerita lanjut, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 35, berkata, dia tidak menyangka ucapan yang dimuat naik isterinya, Rahayu Abbas mendapat perhatian netzen termasuk Tunku Azizah.

“Memandangkan hari ini adalah hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, isteri saya saja suka-suka buat video untuk beri ucapan, sama seperti orang lain yang wish kepada Agong.

“Kemudian isteri saya upload ke Tw1itter dan ada individu yang tag Tunku Azizah.

“Tak sangka pula dalam banyak-banyak ucapan, video itu mendapat perhatian tuanku,” ujarnya.

Terdahulu, Tomok menerusi Inst4gram miliknya pada Isnin berkongsi beberapa paparan skrin dari akaun Twi1tter Tunku Azizah @cheminahsayang yang menjemput kedua-dua anaknya ke Istana Negara.

“Ini betul-betul ke cubaan? Jemputan dari Tuanku Agong untuk anak-anak saya ke Istana Negara,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata peminatnya termasuk beberapa rakan selebriti seperti Fara Fauzana, Sherry Al-Hadad dan Fadzil Zahari turut meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran yang tidak disangka-sangka itu.sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *