Rahsia teknik p3lukan yang menjamin kebahagian suami Isteri dan keluarga

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Kini, kesibukan ibu bapa dalam mencari rezeki, ditambahkan pula dengan gangguan alat elektronik tanpa henti telah menyukarkan lagi masa untuk diluangkan bersama keluarga. Apabila usia sesuatu perkahwinan telah bertambah, kekuatan kasih sayang juga perlulah seiring dengan perkembangan perkahwinan tersebut.

Kalau kita tengok situasi masyarakat barat, makin tua makin romantis hubungan mereka suami isteri atau kekeluargaan mereka. Berbeza pula dengan masyarakat kita, makin lama sudah berkahwin, makin kurang romantik dengan pasangan masing-masing. Seolah-olah sudah sampai ke penghujungnya.Pelabagai kisah keretakan rumahtangga yang terpapar di media sosial ketika ini.

Oleh itu, apa kata anda semua amalkan empat jenis teknik pelukan untuk suami isteri berdasarkan perkongsian ini. Tak payah nak segan depan anak-anak. Jika ibubapa pancarkan kasih sayang dihadapan anak-anak, mereka pun akan membesar dengan sifat kasih sayang yang kuat.

Ramai pasangan yan berasa malu bila nak peluk suami..Sedih juga bila ada suami isteri yang dah rasa j1jik nak peluk-peluk pasangan. Katanya geli sebab masing-masing dah tua. Perasan tak waktu awal-awal nikah dulu rasa bahagia je memanjang. Rasa macam lautan api pun dapat ku renang, bukit bukau pun dapat ku angkatkan.

Haa, rasa bahagia tu semua terjadi antaranya hasil daripada pelukan pasangan la tu. Bila hormon oxytocin ni tinggi, mood kita akan lebih stabil, hati rasa lebih lapang, bibir pun tersenyum-senyum dan menaikkan seri wajah.

Wajah nampak berseri tanpa solekan cantik semulajadi, petua yang boleh kita amal

Cuba amal teknik empat pelukan ni untuk hidup lebih bahagia. Pertama, peluk ketika bangun pagi adalah permulaan bagi hari yang baharu. Jadi bila bangun tidur tu, apa kata anda peluk dahulu pasangan atau pergi ke bilik anak-anak untuk memberikan pelukan.

Dengan cara ini, aura positif sudah berada di s3keliling sebelum anda memulakan hari yang panjang. Kedua peluk ketika nak berangkat kerja. Salah satu amalan yang perlu diterapkan adalah bersalaman dan juga memeluk pasangan sebelum berangkat ke tempat kerja.

Pasangan pun rasa bersemangat nak bekerja. Bukan itu sahaja, sebelum anak-anak berangkat ke s3kolah pun, ibubapa disarankan untuk memberi pelukan kepada mereka supaya sentiasa bersemangat.

Ketiga peluk ketika balik kerja. Setelah penat seharian bekerja, antara apa yang diperlukan oleh pasangan kita adalah pelukan dan masa bersama keluarga. Janganlah bila pasangan balik dari kerja tu, anda mula membebel. Makin bertambah penat dibuatnya dan mulalah masalah dalam hubungan berlaku.

Keempat peluk sebelum tidur. Sebagai mengakhiri hari, pelukan sebelum tidur amat penting untuk memastikan hubungan antara suami isteri berada dalam keadaan yang stabil. Dengan pelukan sebegini, barulah pasangan masing-masing tahu bahawa mereka menyayangi antara satu sama lain walaupun usia perkahwinan sudah lama.

Begitu juga dengan anak-anak.Peluklah sebelum mereka tidur juga perlu dijadikan amalan supaya hubungan kekeluargaan makin erat! Inila hikmah diciptakan berpasangan supaya kita beroleh ketenangan dan kebahagiaan.

Bukan terhadap suami isteri sahaja, teknik pelukan ini juga boleh diterapkan terhadap anak-anak supaya mereka pun rasa disayangi oleh ibubapa. Apa Kata Anda.. Mohon maaf jika ada tersilap dan salah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *