bidadari

Kisah Ainul Mardhiah: Ganjaran bagi Pejuang di Jalan Allah.

2024-08-18

Kisah Ainul Mardhiah: Ganjaran bagi Pejuang di Jalan Allah. | NALURI KINI : Ainul Mardhiah adalah bidadari tercantik yang menghuni syurga tertinggi, seperti yang diterangkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmidzi. Kisah ini penuh dengan inspirasi dan semangat, khususnya bagi mereka yang berjuang di jalan Allah.

bidadari

 

Pemuda Bermimpi Ainul Mardhiah

Pada suatu hari di bulan Ramadhan, Nabi Muhammad SAW memberikan tazkirah kepada umatnya untuk berperang di jalan Allah dengan sabda:

“Sesungguhnya orang yang mati syahid karena berjihad di jalan Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di syurga.”

Salah seorang pemuda di kalangan sahabat Nabi berasa sangat kagum dengan tazkirah tersebut. Dia berhasrat untuk mengetahui betapa cantiknya Ainul Mardhiah dan bertekad untuk memperjuangkan cita-citanya.

Ketika waktu tengah hari tiba, semua sahabat tidur qailulah iaitu tidur sebentar untuk mengumpulkan tenaga sebelum menghadapi peperangan yang akan datang. Pemuda ini turut bergabung dalam tidur tersebut, dan dalam tidurnya, dia mengalami sebuah mimpi yang menakjubkan.

Kecantikan Bidadari Syurga

Dalam mimpinya, dia memasuki sebuah tempat yang sangat indah, di mana dia bertemu seorang wanita dengan kecantikan yang luar biasa. Cantiknya wanita ini tiada tandingan di dunia.

“Di manakah ini?” tanya sahabat itu, kehairanan.

“Inilah syurga,” jawab bidadari tersebut.

“Adakah kamu yang dipanggil Ainul Mardhiah?”

“Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Jika kamu ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang berada di bawah pohon yang redup itu,” kata bidadari itu sambil menunjukkan arah.

Sahabat itu segera menuju ke bawah pohon yang dimaksudkan dan menjumpai seorang bidadari yang lebih cantik daripada yang pertama. Kemudian, dia bertanya lagi.

“Adakah kamu Ainul Mardhiah?” tanyanya.

“Bukan, saya penjaga tempat ini. Jika kamu ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, temui dia di mahligai yang di sana,” kata bidadari itu sambil menunjuk ke arah mahligai yang megah dan indah.

Sahabat itu melangkah ke mahligai tersebut dan di sana dia menemukan seorang bidadari yang kecantikannya melampaui semua yang dia lihat sebelumnya. Bidadari ini sedang mengelap perhiasan singgahsana di mahligai tersebut.

“Adakah kamu Ainul Mardhiah?” tanya sahabat itu dengan penuh harapan.

“Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Saya cuma penjaganya. Jika ingin menemui Ainul Mardhiah naiklah mahligai tersebut.” jawab bidadari itu.

Bertemu Ainul Mardhiah

Pemuda itu pun menuju ke mahligai tersebut. Betapa mengejutkannya apabila pemuda tersebut melihat sosok wanita yang cantiknya tiada tandingan dengan semua bidadari sebelumnya. Lalu  dia bertanya kepada bidadari tersebut.

“Apakah kamu Ainul Mardhiah?”

“Ya benar, saya ialah Ainul Mardhiah.”

Sahabat itu berusaha mendekatinya dengan penuh rasa ingin tahu dan harapan, namun Ainul Mardhiah menolak dari mendekatinya.

“Kamu belum mati syahid,” katanya.

Lalu, pemuda itu terjaga dari mimpinya. Pemuda itu menceritakan mimpinya kepada sahabatnya dan meminta untuk merahsiakannya. Pemuda tersebut meminta untuk menceritakannya jika dia telah mati syahid.

Dalam peperangan itu, pemuda yang telah bermimpi tentang Ainul Mardhiah berjuang dengan penuh semangat. Dia sangat merindui ganjaran syurga dan Ainul Mardhiah yang cantik itu. Dengan izin Allah, dia akhirnya menemui ajalnya di medan perang setelah berjuang sepenuh hati.

Pada petang hari, sahabat yang mendengar cerita dari pemuda tersebut memberitahu Rasulullah SAW tentang kisahnya. Baginda bersabda: “Sekarang dia sedang berbuka bersama Ainul Mardhiah.”

Kesimpulan

Kisah ini adalah inspirasi yang terbaik tentang betapa besar ganjaran yang menanti mereka yang berjuang di jalan Allah dengan seikhlas hati. Ia juga mengingatkan kita bahawa setiap perjuangan yang ikhlas dan penuh semangat di jalan Allah akan membawa kepada ganjaran yang tiada habisnya di syurga.

Berminat untuk melancong ke Indonesia? Ketahui lokasi-lokasi menarik di TRAVEL INDONESIA.

Leave the first comment

Artikel Lain