ustaz kazim

Sakit Misteri Ustaz Kazim. Ini 2 Syarat Jika Ingin Difilemkan.

2024-06-10

Sakit Misteri Ustaz Kazim. Ini 2 Syarat Jika Ingin Difilemkan. | NALURI KINI : Nama pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias sememangnya bukan asing lagi dan kisahnya berdepan dengan penyakit misteri turut diketahui umum. Keadaan yang dihadapi oleh beliau telah mencetuskan idea buat syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk mengangkat kisah berkenaan menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim.

ustaz kazim

Penerbit dan pengarah, Mawi berkata, idea untuk menghasilkan filem tersebut bermula menerusi perjumpaan dengan Ustaz Kazim. “Ketika berjumpa kami berborak, beliau telah berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya itu.

PERNAH LALUI KEADAAN YANG SAMA

“Sebenarnya apa yang dilalui oleh Ustaz Kazim itu, saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau,” jelasnya.

Tambah Mawi, dia telah meminta kebenaran pendakwah bebas itu untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat pengalaman Ustaz Kazim berhadapan penyakit misteri. Ujarnya, dia berasa lega apabila Ustaz Kazim memberikan persetujuan untuk penghasilan Zim Zim Ala Kazim.

“Kalau diikutkan tidak sukar untuk saya meyakinkan beliau. Dalam perjumpaan kali kedua, beliau ceritakan lebih mendalam dan pada perjumpaan kali ketiga saya turut membawa penulis skrip.

“Berkenaan dengan jalan cerita pula, kira-kira 70-80 peratus adalah kisah benar yang dipaparkan. Selebihnya saya ada tokok tambah untuk pastikan penceritaannya lebih menarik,” jelasnya.

Filem kedua arahan Mawi itu berkisarkan sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar selaku teraju utama.

Jangan lupa untuk mencari tempat menarik aceh untuk anda lawati ketika musim cuti sekolah nanti.

USTAZ KAZIM SEBAGAI HERO

Lebih menarik lagi, filem itu turut menampilkan Ustaz Kazim sebagai hero serta Mawi sendiri turut berlakon. Dalam pada itu, Mawi tidak menafikan bahawa pendakwah tersebut ada meletakkan syarat jika mahu kisahnya itu diangkat menjadi filem.

“Syarat paling utama Ustaz Kazim sendiri mahu menjadi ‘hero’. Pada awalnya, saya dah ada pilihan untuk pegang watak beliau. Namun, beliau sendiri nak lakonkan watak dirinya.

“Memang agak terkejut juga, namun saya kagum dengan keberanian beliau untuk berlakon dalam filem ini,” jelasnya.

Bercerita lebih lanjut tentang pembikinan filem berkenaan, Mawi memberitahu ia dibuat sekitar dua tahun lalu selama 15 hari di kawasan sekitar rumah Ustaz Kazim sendiri di Kampung Manjoi, Perak.

BERLAKU BEBERAPA KEJADIAN MISTIK

Ujar Mawi, sepanjang penggambaran ia berjalan lancar, namun mengakui ada berlaku beberapa kejadian mistik. “Ada satu masa itu ketika nak memulakan penggambaran, tiba-tiba penyakit Ustaz Kazim menyerang semula.

“Sehinggakan kulit beliau ada keluar darah. Apa pun situasi berkenaan dapat diatasi dengan baik,” ujarnya. Filem Zim Zim Ala Kazim akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun 2024.

MASIH BERGELUT KEADAAN SUKAR TIDUR

Penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim, 52, mengakui beliau masih lagi bergelut dengan kesukaran untuk tidur malam sejak 15 tahun lalu akibat gangguan sihir yang dialaminya pada 1997.

Ustaz Kazim berkata, walaupun tahap kesihatannya kini semakin pulih, namun kesan daripada sihir yang pernah menimpa dirinya itu tidak hilang-hilang berikutan sudah ‘bertapak’ di dalam badan.

“Saya mula kena sihir pada 1997 dan sudah agak lama. Alhamdulillah, syukur kini keadaan kesihatan saya semakin pulih sejak 2021 lalu.

“Bagaimanapun, sampai sekarang saya menghadapi kesukaran tidur malam sejak 15 tahun lalu. Saya hanya boleh tidur kalau dalam kereta saja.

“Jadi, kalau malam saya hendak tidur, saya akan minta pemandu bawa kereta ke Tanjung Malim misalnya, kemudian patah balik. Jadi, dapatlah saya tidur selama dua hingga tiga jam,” katanya.

Terdahulu, Ustaz Kazim hadir pada sesi fotografi bersama Mawi dan Anas Tahir di Studio NSTP, Balai Berita, di sini, hari ini sempena promosi filem Zim Zim Ala Kazim lakonan mereka yang akan menemui penonton di pawagam tanah air pada 13 Jun depan.

Pelbagai pakej travel aceh yang kami sediakan untuk pilihan anda.

SUDAH MELALUI BEBERAPA PEMBEDAHAN

Mengulas juga rawatan doktor diterimanya, Ustaz Kazim berkata, beliau sudah melalui beberapa kali pembedahan sebelum ini, namun masalah kesihatannya tidak juga pulih sehingga beliau mengambil inisiatif belajar cara rawatan Islam sendiri.

“Sihir ini tidak akan pernah hilang sepenuhnya kerana ‘tapak’ atau ‘bekas’ daripada gangguan itu sentiasa masih ada di dalam badan. Disebabkan itu kalau saya pergi ke tempat yang ada gangguan, saya akan rasa tidak kena.

“Malah, kalau teruk sangat gangguannya, saya tidak akan balik ke rumah dan menginap di hotel saja. Apapun, isteri dan anak-anak saya sudah terbiasa dengan gangguan-gangguan yang datang itu, dah tak boleh buat apa,” katanya.

Ustaz Kazim yang juga hero dalam filem Zim Zim Ala Kazim berkata, tujuan beliau berkongsi kisahnya yang terkena sihir supaya penonton mengetahui kesan buruk daripada perbuatan ilmu hitam itu.

“Dalam filem ini, saya hendak mengajak orang ramai supaya jangan mengamalkan sihir kerana ia perbuatan syirik, termasuk membuka mata ramai agar menjaga diri kita untuk tidak menyebabkan orang lain menghantar sihir berkenaan.

“Jadi, saya hendak ajak orang di luar sana untuk lebih menjaga tutur kata kerana tidak semestinya baik yang kita cakap, ia akan diterima dengan baik oleh orang lain juga. Sebabnya, saya disihir dulu kerana orang menghantar sihir itu terasa hati pada kata-kata saya,” katanya.

Selain Ustaz Kazim, filem Zim Zim Ala Kazim terbitan MW Entertainment Sdn Bhd yang diarahkan Mawi itu, turut menampilkan pelakon lain seperti Bell Ngasri, Anas Tahir, Shanthesh Kumar, Elvina Chua, Man Raja Lawak, Maimunah Ahmad dan ramai lagi.

Selain itu, percutian yang best ketika ini ialah di indonesia. Antara pakej murah aceh yang boleh dikongsi bersama.

Leave the first comment

Artikel Lain