Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood. Wira Kemanusiaan Dan Kesihatan. | NALURI KINI : Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood ialah seorang doktor perubatan, aktivis kemanusiaan dan ahli strategik kesihatan yang terkenal di Malaysia dan antarabangsa.
Beliau dikenali kerana mendirikan organisai MERCY Malaysia dan menyumbang dalam pengurusan krisis serta pembangunan kesihatan global. Dedikasinya dalam membantu masyarakat yang terjejas telah menginspirasi rakyat Malaysia untuk menceburkan diri dalam aktiviti kemanusiaan.
AWAL KERJAYA DAN PENUBUHAN MERCY MALAYSIA
Tan Sri Dr. Jemilah dilahirkan pada 1959 di Kuala Lumpur. Setelah tamat pengajian perubatan,beliau memulakan kerjaya sebagai doktor dan pakar obsterik serta ginekologi. Pada tahun 1999, beliau menubuhkan MERCY Malaysia, organisai bantuan kemanusiaan pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia sendiri. Tujuan penubuhan MERCY Malaysia adalah untuk memberikan bantuan perubatan kepada komuniti yang terjejas oleh bencana alam dan konflik.
SUMBANGAN MELALUI MERCY MALAYSIA
Di bawah kepimpinan Dr. Jemilah, MERCY Malaysia terlibat dalam pelbagai misi bantuan di lebih daripada 30 negara termasuk Afghanistan, Palestin dan Iraq. MERCY Malaysia menyediakan bantuan perubatan serta perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang terjejas akibat konflik, peperangan dan bencana alam. Kejayaan MERCY Malaysia dalam mengendalikan misi bantuan kemanusiaan telah memperkenalkan Malaysia di persada antarabangsa sebagai negara yang prihation terhadap isu-isu global.
PENGIKTIRAFAN DAN PERANAN ANTARABANGSA
Atas sumbangannya yang luar biasa, Dr. Jemilah telah menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa, antaranya Anugerah Merdeka dan Anugerah ASEAN. Beliau juga dilantik sebagai penasihat kesihatan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) dan terlibat dalam strategi global menangani krisis kesihatan dan bencana. Pengiktirafan ini memperkukuhkan peranan Dr. Jemilah sebagai pakar dalam pengurusan krisis kemanusiaan dan kesihatan.
PERANAN DALAM PANDEMIK COVID-19
Ketika pandemik COVID-19 melanda, DR. Jemilah sekali lagi tampil ke hadapan. Beliau dilantik sebagai Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membantu dalam pengurusan dan penanganan pandemik. Dalam peranan ini, beliau merangka pelbagai strategi untuk mengurangkan kesan COVID-19 kepada rakyat Malaysia dan mengukuhkan sistem kesihatan negara.
INSPIRASI KEPADA GENERASI MUDA
Keberanian dan kecekalan Dr. Jemilah dalam membantu golongan yang memerlukan menjadikannya inspirasi bagi generasi muda. Dedikasi beliau menunjukkan pentingnya kesedaran terhadap kesihatan awam dan kemanusiaan. Ramai anak muda kini terinspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang kemanusiaan dan kesihatan, mengikut jejak langkah beliau.
KESIMPULAN
Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood adalah ikon kemanusiaan dan kesihatan negara yang telah memberi impak besar kepada rakyat Malaysia dan masyarakat global. Sumbangan beliau melalui MERCY Malaysia dan dalam pelbagai organisasi kesihatan antarabangsa menjadikan beliau salah satu tokoh yang dihormati. Beliau menginspirasikan kita semua untuk sentiasa membantu dan menyokong mereka yang memerlukan, memperkukuhkan perpaduan dan semangat kemanusiaan dalam negara dan dunia.